Semusim Yang Berulang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEMUSIAM YANG BERULANG |Apa yang telah berlalu,biarkan.Apa yang perlu diambil adalah pengajaran dan jadikan ingatan.Baik teruskan.Buruk tinggalkan.Ada akal bukan jaminan sentiasa lakukan sesuatu dalam kewajaran.Ada iman bukan syarat tidak tergelincir dari landasan.Siapa pun manusia itu.Semua ada potensi untuk menjadi lebih buruk atau lebih baik.

Semusim yang berulang.Melakukan hal serupa berulangkali itu bukan aneh.Itulah digelar rutin.Itulah juga cara untuk manusia menguasai dan lebih menjadi mahir dan cekap.Bosan?..boleh sahaja berlaku lebih-lebih lagi bila bertahun ditakuk dan acuan yang sama.Mencari perubahan?..wajar namun terserah mengikut kehendak atau pilihan masing-masing.

Kembali kepada fitrah manusia,qada dan qadar.Fitrah manusia datangnya bersih nanti kembalinya juga dibaluti dengan lembar kain yang putih bersih.Qada dan qadar atau takdir semusim yang berulang biasanya sering datang dan pergi bersilih ganti.Sihat dan sakit bersilih ganti.Sukar dan mudah bertukar-tukar.Begitulah selagi masih bernyawanya manusia dan makhluk lainnya.

Persoalannya adakah manusia termasuk diri PC sendiri sentiasa belajar daripada setiap semusim yang berulang.Untuk menghalang tidak berulangnya semusim yang telah berlalu itu luar kemampuan kita manusia.Apa yang boleh diusahakan tambah baik pada setiap kelemahan dan kekurangan..agar apabila musim yang sama berulang kita lebih siaga dan redha.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ada yang berjaya diubah, ada yang masih dalam usaha untuk diubah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.Tidak mengapa kerana Allah sentiasa melihat usaha hamba-NYA.PC pun dalam proses perbaiki diri.

      Padam
  2. Yang pasti : agi idup, agi ngelaban. 💪🏻 Selagi belum di jemput Illahi, kena struggle ubah apa yang perlu di ubah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.Setuju.Selagi hidupkan..moga dipermudahkan urusan kita semua ke arah lebih baik.Aamiin.

      Padam
  3. Kak Sue kalau boleh yang mana boleh ubah, cuba untuk ubah demi kebaikan dan mendapat redha Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat-sangat kak.PC pun macam tu juga..selagi boleh..yang mana booleh..usahakan.

      Padam
  4. Yang baik jadikan panduan
    yang buruk jadikan sempadan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul pakcik.Itu yang terbaik dan sebaik-baiknya.

      Padam
  5. Bnyk lagi yg saya juga perlu ubah utk kebaikan diri, hati dan jiwa.. moga sentiasa diberkati kehidupan ini buat kita semua.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama