Header Ads

Tamparan Demi Tamparan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TAMPARAN DEMI TAMPARAN

Tiada yang terlepas
Sedari zaman para anbiya
Sedari zaman khulafah 
Sedari zaman ingkar
Hingga ke zaman taat

Ada yang memang mencari dan seolahnya meminta
Ada yang memang tidak mahu dan sentiasa menolak
Tamparan demi tamparan
Jangan menyebut kukuhnya iman
Tebalnya ketinggian akhlak
Selagi tidak sabar dengan setiap tamparan 
Allahu

Tamparan demi tamparan
Itu melelahkan
Menyesakkan
Menyakitkan
Meruntun jiwa raga
Namun itu cara Tuhan menarik kita 

Tamparan demi tamparan
Kerana kita kian menjauh
Kerana kita kian melupa
Kerana kita kian menghindar
Ya kerana Tuhan rindu yang bukan tiada makna
Kerana DIA masih cinta

Tamparan demi tamparan
Bukan kerana DIA benci
Jauh sekali memusuhi
Tapi kerana DIA mahu;
Meluaskan laluan ke syurga-NYA
Meninggikan darjat hamba-NYA

Dalam tamparan demi tamparan
Tamparan deras
Tamparan paling halus
Moga di sertakan dengan kesabaran
Moga sentiasa ada rasa redha
Moga tetap terus bersangka baik pada-NYA

related image
Tamparan Demi Tamparan | Sumber Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT






logoblog

19 ulasan:

  1. TAMPARAN MENYEDARKAN KELALAIAN HINGGA TERLENA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak PI..cara Allah tarik kita semula lebih mendekati dan mengingati-NYA.

      Padam
  2. Kena tampar utk mengingagkan

    BalasPadam
  3. kadang kena sakit sikit baru ingat sesuatu kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..moga ianya menjadi ingatan yang boleh buat kita berubah.

      Padam
  4. Betul tu PC, kita bersangka baik dan pastinya hati kita bersih dan suci...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sis..inshaAllah.Moga dengan bersangka baik pintu reeki kita juga semakin luas.

      Padam
  5. tamparan tu memang menyakitkan tapi hikmah dia sgt lah besar. mungkin je kalau tidak ditampar kita akan jadi semakin jauh dan lalai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak.Tamparan ni ikut kemampuan kita Allah beri..tapi hikmahnya luar biasa sangat cuma yang sering kita tewas adalah bila masuk bab sabar..Allahu

      Padam
  6. Kadang-kadang tamparan itu tanda Allah sayang dan dia bagi peringatan supaya tidak terus hanyut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Tand Allah kasih pada kita dan masih mahu beri peluang pada kita kan MrsA.

      Padam
  7. terleka kena selalu kena tampar baru sentiasa beringat. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat.Biar sedar siapa diri ini daripada mana asal dan bakal ke mana kembali nanti.

      Padam
  8. Sesekali kena tampar baru kita sedar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.Dan jadikan ingatan paling berharga.

      Padam
  9. Seram kena tampar ni.. Terdiam tak terkata.. Tapi sesekali wajar juga perlu diberi tamparan supaya tersedar dari mimpi lena yang panjang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.Kadang tamparan daripada tangan manusia itu sakit tapi kita mudah lupa..moga tamparan daripada Allah buat kita sentiasa ingat..

      Padam
  10. Tamparan di dunia yg fana ini masih bermakna satu peringatan dan kesedaran, tapi tamparan di akhirat kelak merupakan satu balasan dan hukuman.. Allahuakbar. Terima kasih atas peringatan ini PC.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..