Latihan Daripada Allah SWT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LATIHAN DARIPADA ALLAH SWT  | Latihan itu salah satu cara membuat kita menjadi lebih mahir dan cekap menguasai satu-satu perkara.
"practice makes perfect"..InshaAllah.

Jemu?.. Kalau boleh janganlah. Rasa jemu atau bosan lakukan perkara yang sama sentiasa itu lumrah. Perkara biasa. Namun biasanya melakukannya hal lazim menjadikan kita lebih sentiasa siaga dan dapat mengagak.Oleh kerana sudah terbiasa adakala ianya tidak menjadi satu kepayahan pun. Aamiin.

Latihan daripada Allah SWT. Ada masa ujian datang bertalu-talu.Ibaratnya seperti "Sudah jatuh ditimpa tangga".Ujian yang pelbagai jenis dan datang daripada pelbagai sisi pastinya luar dari jangkaan kita. Hujungnya, keluhan dan kesedihan yang diluahkan dan ditanggung .

Ujian tandanya Allah SWT rindu dan sayang. Pada kita setiap hamba-NYA yang DIA pilih dan tetapkan. SubhanaAllah.Berasa berat menggalas dugaan itu tepat. Melainkan bagi mereka yang tinggi keimanannya dan keredhaannya. Untuk sampai ke tahap itu, jujur PC sendiri masih jauh dan perlu lebih perbaiki diri.

Doa kita A tapi Allah SWT beri B.. Allah SWT beri dulu apa yang kita perlu.. anggap sahaja ianya latihan sebelum apa yang selayaknya untuk kita terima dikabulkan..tidak langsung kita akan lebih dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya.

Related image
Latihan Daripada Allah SWT  | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. selalu selitkan doa ni tiap kali solat
    " Ya Allah, jadikanlah aku hamba yg bersyukur dengan nikmatMu, dan redha dengan segala ujianMu"

    BalasPadam
  2. Ujian tu pun kita anggap aje latihan sebab latih kita ni menjadi penyabar...

    BalasPadam
  3. practice make perfect.Ujian menguatkan dan melatih kita menjadi KUAT..:)

    BalasPadam
  4. Setuju.. Allah beri apa kita perlu, bukan apa kita mahu.. Maknanya ia lagi terbaik kita je yang selalu tak nampak kan... 😊

    BalasPadam
  5. saya agak stress sekarang tapi bila baca kak perdu tulis"Ujian tandanya Allah SWT rindu dan sayang" terus rasa lega :')

    BalasPadam
  6. Betul tu.. saya setuju. Ujian itu tanda Allah rindu dan sayang.. kesusahan itu ujian, dan kesenangan itu juga satu ujian. Umat islam seluruh dunia pasti tak terlepas dari ujian apatah lagi dalam dunia akhir zaman ini.. Allahuakbar.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama