Terdesak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TERDESAK | Siapa pun individu itu..ada masanya melalui situasi yang paling tidak disukai dan paling sungguh-sungguh mahu dielak iaitu terdesak.Tak seronok berada dalam situasi begini kerana daripada hanya ada satu masalah yang kecil dan sedikit..masalah tersebut boleh bertambah menjadi banyak dan besar lebih-lebih lagi bila kurang bijak mengatasinya dengan baik.

*****
TERDESAK

Definisi : 1 terhimpit; terasak: Kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila ~ ketika berebut-rebut mencari tempat dlm panggung wayang. 2 tertindas; tertekan; dlm kesusahan: Apabila sudah ~, barulah dia kenal akan saudara, kalau tidak, dia tidak pernah datang ke rumah. 3 terpaksa; tidak boleh tidak; mesti: Walaupun saya tidak bersetuju dgn tugas itu, saya ~ menjalankannya.[RUJUKAN]

*****

Mengalami situasi terdesak pun bagi PC sebenarnya satu ujian.Allah nak uji sejauh mana individu itu mampu mengawal diri dan mengawal keadaan dengan semaksimumnya.Tidak mustahil keadaan boleh kelihatan gelita justeru orang sekelilinglah yang mesti memainkan peranan masing-masing.Membantu dan menasihati..jangan lupa mendoakan juga.

Terdesak boleh menjadikan diri kita bukan diri kita yang sebenar.Boleh juga menghantar individu itu ke lorong yang sempit,berliku dan gelap.Tetapi,ada juga berlaku sebaliknya bila mana dalam situasi terdesak itu jugalah menjadikan seseorang itu lebih gigih berusaha..menjadi lebih kreatif dan lebih berjaya.

related image
Terdesak

#sama-sama mencari redha Allah SWT

15 comments:

  1. Betul tu.. ada org yg baik pun boleh jadi jahat disebabkan terdesak. Pernah tngok satu rencana ttg org kebuluran di Afrika. Bila bantuan makanan sampai smpi ada peringkat semua serbu dan ada yg mati.. tiada siapa yg berani buat apa2 nak kawal sbb mereka terlalu terdesak hingga jadi keganasan.. kesian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dalam situasi terdesak kadang tak boleh jangka apa langkah seterusnya.. Kadang Kalau masih betingat InshaAllah selamat. Yang bahaya bila terdesak lupa semua dan silap mengemudi masalah.

      Delete
  2. terdesak tu boleh ubah org ke arah kebaikan dan juga sebaliknya. yang penting kena berfikiran waras kan PC. semoga keputusan yang di ambil mendatangkan kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak. Keluarga.. Kawan-kawan main peranan. Diri sendiri pun kena beringat.

      Delete
  3. terdesak sampai kadang-kadang boleh membawa kepada stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. Stress yang boleh jadi kerabu arah lebih negative bila bertindak.

      Delete
  4. Terdesak kadang-kadang menjadi salah satu faktor untuk berjaya. Terdesak untuk berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang sangatlah TERBAIK.. Manfaatkan situasi.

      Delete
  5. Akan memberikan hasil yang kurang memuaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lazimnya begitu kerana terdesak Dan tergesa-gesa.

      Delete
  6. dlm keadaan terdesak, yes, masa tu la kita kena fikir rasional kan.
    keadaan tu boleh pengaruhi tindakan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sangat. Fikir dalam waktu singkat.. Itu yg kena betul-betul buat keputusan.

      Delete
  7. Terdesak ini kalau salah langkah boleh membunuh jiwa..
    Andai betul langkah mampu memberikan kejayaan..
    Kena pandai dan sentiasa berbalik pada Allah.. InsyaAllah..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.