Header Ads

Dalam Sehari

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DALAM SEHARI

Macam-macam boleh terjadi
Semua atas izin dan mahunya Ilahi
Panas dipagi hari
Redup ditengahari
Hujan ribut ketika senja mengganti

Jerebu yang Allah SWT beri
Merayu hamba minta hujan
Hujan yang Allah SWT turunkan
Merayu hamba minta diteduhkan
Permintaan daripada hamba itu yang DIA suka
Hamba-NYA jangan lupa sujud dan bersyukur
Sentiasa
Jangan hanya bila ada mahunya saja

Dalam sehari
Ada manis
Ada tawarnya
Ada masam
Ada pahitnya
Begitulah sebuah kehidupan
Untuk maju ke hadapan
Untuk meraih pandangan Tuhan

Boleh jadi subuh diri kufur
Sedang senja diri bersyukur
Boleh jadi senja diri tersungkur
Sedang sepertiga malam air mata taubat gugur

Allahu Allah
Allahuakbar 

Dalam sehari
Banyak cerita 
Banyak sejarah tercatat 
Banyak kisah tercipta
Mahunya hamba
Izin-Nya daripada Tuhan
Semua 

Dalam sehari
Yang menghimpun menjadi minggu 
Menjadi bulan
Menjadi tahun
Moga semua menjadi yang setia mencinta
PENCIPTA dan Rasulnya

#sama-sama mencari redha Allah SWT 



logoblog

10 ulasan:

  1. Salam jumaat PC. InsyaAllah mudah2an kita menjadi pencinta kepada Pencipta dan Rasulnya. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah..aamiin kak..hingga nafas terakhir..

      Padam
  2. selagi kita bernafas maka ujian akan dtg bersilih-ganti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Cikgu AK.Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran sentiasa.

      Padam
  3. Setiap hari pelbagai perkara berlaku.. ujian silih berganti, tapi kaki kena terus melangkah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Demi terus berjuang untuk amal maruf.InshaAllah.Aamiin.

      Padam
  4. begitulah kehidupan, segalaNya tidak ada yang mustahil dengan izinNya jua :)

    BalasPadam
  5. itu lah kehidupan manusia. tak pernah puas dan selalu meminta2 kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kalau meminta-minta dengan Allah SWT itulah yang paling Allah SWT suka.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..