Header Ads

Persinggahan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PERSINGGAHAN | Menempuh perjalanan yang jauh,panjang dan lama melelahkan.Letih.Walau rasa gembira,bahagia dan segala rasa yang manis-manis semuanya..tubuh kita tidak boleh ditipu dan tidak mampu menipu pun..kalau letih..maka letih la ia.Mata tu kalau mengantuk..tahan la macam mana tetap terlelap kemudian terlena juga.Itu lumrah.Fitrahnya manusia.Apa sahaja yang dilakukan untuk mengatasi atau mengelak itu cuma satu cara atau usaha kita sahaja.Memang Allah SWT suruh hamba-NYA sungguh-sungguh berusaha.Tidak salah.Tidak rugi pun usaha.

Persinggahan.Boleh jadi lama.Boleh jadi sekejap sahaja.Boleh jadi cuma sekali atau boleh jadi berkali-kali juga.Ya,persinggahan.Dunia ini tempat persinggahan kita semua.Persinggahan sementara sekadar mana diizin-NYA untuk kita bernyawa.Tiada yang kekal.Abadinya nanti di sana.

Ada kawan-kawan yang sudi berkawan dengan kita..seketika atau bertahanlama..tetap persinggahan juga.Kita ada haiwan peliharaan pun mereka semua menjadi persinggahanjuga dalam hidup kita.Kita sayang.Kita jaga.Semuanya tapi kalau sudah tiba masanya..berat dan sakit macam mana pun tetap pergi dengan cara yang telah Allah SWT aturkan.Allahu.

Pada setiap persinggahan itu ada kesan manis dan pahitnya.ianya menjadi kenangan dan peringatan.Menjadikan PC atau sesiapa sahaja sentiasa belajar juga.MasyaAllah.Itulah cara Allah SWT ajar hamba-NYA.

Barangkali hari ini kita terima persinggahan.Esok lusa kita pula yang singgah ke mana-mana.Namun satu tempat yang mesti diingat sentiasa supaya tidak diri sendiri dan yang lain singgah juga adalah neraka-NYA.

related image
Persinggahan

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

logoblog

Tiada ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..