Tangan Kanan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TANGAN KANAN | Alhamdulillah.Jumaat terakahir di bulan Oktober.Rezeki hari ini yang kita nikmati tidak sama dengan semalam dan inshaAllah esok.Syukur atas setiap kasih sayang Allah untuk kita hamba-hambaNYA.

Apabila melakukan yang Sunat itu sedang berusaha menggandakan pahala.Bila tidak jemu melaksanakan sunnah itu menunjukkan rasa sayang pada Rasulullah SAW.

Tangan kanan.Makan menggunakan tangan kanan..memberi dan menerima dengan tangan kanan..inilah antara salah satu sunnah.Dan suatu masa nanti..menjadi dambaan setiap orang dan sentiasa berharap serta berdoa agar dihulur surat amalannya daripada tangan kanan.

related image
Tangan Kanan

Benar,tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.Simbolik pada pembuka pintu-pintu rezeki adalah dengan cara bersedekah.Bukan bererti tangan yang menerima itu hina kerana kita hamba sentiasa menerima pemberian daripadaNYA juga.Adakah hina kita menerima pemberianNYA.Fikirkan.

Andai rajin memberi pastikan beri dengan rasa yang paling putih dan jernih supaya tidak membina jerat pada diri sendiri kelak.Hati-hati.Semuanya tercatat rapi.Semuanya terakam sempurna.

#sama-sama mencari redha Allah swt


13 comments:

  1. Alhamdulillah memang menggunakan tangan kanan untuk almost semua perkara. Cuma kadang-kadang je terlajak minum guna tangan kiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang ada masa guna dua belah tangan juga bila makan..

      Delete
  2. Aaminn...
    Semoga rakan blogger semua akan menerima surat amalnya di tangan kanan di Sana kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. InshaAllah. Terus usahakan dan berdoa.

      Delete
  3. tangan kanan memberi sorokkan tgn kiri...

    ReplyDelete
  4. Semoga tangan kanan juga yang menerima amal disana nanti.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Implan setiap kita. Aamiin. InshaAllah.

      Delete
  5. Dalam budaya kita sbg org melayu pun amalan menggunakan tngn kanan itu bermaksud beradab sopan dlm hubungan sesama manusia. Semoga Allah sentiasa menerima setiap amal kebaikan buat kita semua... aamiin.

    ReplyDelete
  6. ingat pepatah tangan kanan memberi tangan kiri jangan tahu

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.