Bila Allah SWT Nak Uji

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA ALLAH SWT NAK UJI |Tiada masa tertentu.Tiada tempat tertentu.Bila-bila masa yang DIA mahu.Maka jadilah.Lalu berlakulah.Perantaranya banyak.Boleh jadi daripada insan-insan yang kita sayangi.Haiwan peliharaan.Tumbuh-tumbuhan yang ditanam dan lainnya juga.Banyak.Sangat banyak.

Bersedia untuk didengar atau tidak.Sakitnya seperti apa.Bila Allah SWT nak uji pasti pada masa yang tepat dan sesuai dengan kemampuan hamba-hambaNYA juga.DIA tidak sesekali menzalimi hamba-hambaNYA dengan sebarang ujian.MasyaAllah.Begitu baiknya Allah..balaslah kebaikkan itu dengan sentiasa mentaatiNYA.

Bila sesuatu belum berlaku kemudian kita membayangkan ianya berlaku pasti ada satu rasa beban yang sangat berat.Sedangkan bila ianya benar-benar berlaku akan ada satu rasa yang lain kerana pada setiap kesakitan itu ada Allah sertakan penyembuhnya.

Ujian ada banyak.Ada masanya iman kita diuji.Sejauh mana percayanya kita dengan setiap ketentuan Allah.Bagaimana keyakinan kita dengan janji-janjinya seperti yang termaktub dalam kitab suci Al Quran.Terkadang ketenangan fikiran juga teruji.SubhanaAllah.

Satu,apa pun ujian,,moga tidak melunturkan usaha,doa dan tawakkal.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

13 comments:

  1. bila tak jadik lagi, rasa takut dan ngeri.
    bila terjadik, yes, takut juga tapi better la...
    kepala melilau mencari cara nak settle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut itu sentiasa ada..belum jadi..dah jadi cuma Allah sentiasa redakan apa sahaja rasa yang ditanggung oleh kita.

      Delete
  2. Betul tu PC bila Allah nak uji bila-bila masa sahaja.
    Yang penting kita kena bersangka baik setiap sesuatu itu pasti ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Mrs A.Ada yang kita seakan-akan boleh jangka..ada yang langsung tidak boleh dijangka.redha dan sabar terus.

      Delete
  3. terima kasih Kak PC atas nasihat dan perkongsian =)

    btw jemputlah join contest di blog saya,senang saja ~

    https://at-tarmizi.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.Moga ada sedikit manfaat ya.Alhamdulillah dah join.

      Delete
  4. Ada kalanya Allah uji dengan kepayahan
    Ada kalanya Allah uji dengan kesenangan

    ReplyDelete
  5. bila Dia nak uji.. Dia akan uji tapi pasti setimpal yang mampu ditanggung. kalau Dia nak beri.. Dia akan beri dan kadang lebih dari apa yang kita minta

    apa2 pun pergantungan hanya padaNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat.Semua yang terbaik dan tepat daripadaNYA untuk kita semua.

      Delete
  6. Kita selalu diuji dan setiap orang akan menempuh ujian yang berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Mengikut mampunya kita masing-masing setiap ujian yang diberi.

      Delete
  7. This is very helpful writing for blog writer and also after read you post i am learn more of blog writing thank you...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.