Header Ads

Kalau Boleh Yang Sudah Berlaku Sahajalah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KALAU BOLEH YANG SUDAH BERLAKU SAHAJALAH | Pertama sekali ingatkan diri sendiri dulu juga ni sebenarnya.

Teruja.Bila semangat berkobar-kobar datang kadang tu macam luma sempadan.Macam lupa sekejap.Hormon macam terlebih bergula kaedahnya.Ada masa-masanya macam tu.PC lah..kadang bila mood lemau..apa pun tak menjadi..apa pun jadi sendu.Paling yang sangat mesti dijaga dan berhati-hati adalah semasa semangat berkobar-kobar itu ada.

Penyebaran apa sahaja jenis maklumat,cerita,fakta baik yang benar atau dusta mahu tidak mahu zaman sekarang lebih berganda pantasnya.Berada dalam tandas pun boleh terima maklumat..asal sahaja ada gadjet dan sumber untuk mengaksesnya.Dulu daripada mulut ke mulut.Sekarang dari jari jemari yang pantas sahaja boleh berlaku 1001 kemungkinan.

Maka;

Kalau boleh yang sudah berlaku sahajalah diberitakan atau dikongsikan mengikut keperluan dan dengan kemahuan serta izin tuan punya diri itu sendiri juga perlu diambil kita.Kalau sesuatu yang dikongsikan itu yang baik..mungkin ianya boleh menjadi sempadan kepada orang lain juga.

Sebenarnya;

Membicarakan sesuatu hal yang belum berlaku atau belum dilakukan agak besar risiko dan tanggungannya pada diri sendiri.Walaupun hanya ramalah..jangkaan..atau membayangkan rasa ingin visi misi kedepannya yang ingin dilakukan..sedikit sebanyak cabarannya lebih besar.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

logoblog

7 ulasan:

  1. waalaikummusalam
    kongsikan yang bermanfaat aje,
    yg benar2 berlaku itu lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kerana yang belum berlaku itu masih boleh berubah-rubah juga.

      Padam
  2. Zaman skrg ni ramai yg tak peduli dh kebenaran sesuatu berita,yg dikejar adalah utk menjadi org pertama yg menyampaikannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat bahaya.Sensasi itu yang sering dikejar dan dicari-cari.

      Padam
  3. cerita yang belum sahih janganlah disebarkan. paling mudah, tak perlu cerita hal orang untuk elakkan fitnah terjadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.Diri sendiri selamat.Orang lain pun selamat.

      Padam
  4. Ramai yg suka buat spekulasi dan sebarkan sblum sesuatu perkara tu benar2 berlaku.. secara tak langsung adakala jadi fitnah. Allahu.. moga kita semua dijauhkan.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..