Header Ads

Kumpul Bekal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KUMPUL BEKAL | Sarapan pagi penting. Tak banyak walau cuma secawan milo dan sekeping roti pun dah syukur sangat-sangat. Sarapan macam raja. Nanti makan tengahari atau malam macam permaisuri.Ada yang bagi petua pada PC begitu kalau nak cergas dan cerdas katanya. Untuk kesihatan juga. 

Kalau sarapan penting.. bawa bekal penting tak. Ikut citarasa dan keperluan juga. Walaupun sebenarnya banyak kebaikkan bila bawa bekal daripada rumah biarpun tidak hari-hari.Lain orang lain caranya lain juga pendapatnya.Ditambah sekarang bertambah kreatif masing-masing ber"bento".Tak gitu.

Kalau bawa atau sesuaikan bekal until Di bawa key sekolah.. ke tempat kerja dan sebagainya boleh tawar menawar laaaaa istilahnya.. boleh ikut mood.. Tapi kumpul bekal untuk kegunaan di akhirat tak boleh ikut mood. Kalau ikut mood berbahaya.

Ada perkara.. dikerjakan di dunia.. hasilnya terus dinikmati do dunia juga. Ada hal yang memang kena lakukan tapi hasilnya tuai di sana kelak. Justeru itu.. sedaya upstairs kumpul bekal banyak-banyak.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

logoblog

14 ulasan:

  1. Biasa sarapan pagi berat2
    Nasi berlauk r nasi goreng.
    Dah jarang2 bawak bekal, pukul 11 dah balik kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..bila sarapan pagi berat-berat..kurang rasa cepat lapar ya Pakcik WP..sebelum tengahari dah balik rumah..ok sangat tu.

      Padam
  2. Bawak bekal mmg mnjimatkan dan puas hati

    BalasPadam
  3. kumpulkan bekal utk di bawa ke alam baqa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Cikgu.untuk bekalan dikehidupan yang abadi kelak..bekal itulah jadi kawan dan saksi pembelaan.

      Padam
  4. Sarapan saya mesti yang berat.. payah nak buang habit. Untuk akhirat pula sedang usaha buat yang terbaik.. inshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila sarapan berat...kurang sikit cepat rasa laparnya.Perut pun selesa tak cepat berkeroncong.Untuk akhirat..perlahan-lahan usahakan..yang penting berterusan.

      Padam
  5. kalau sempat memang seronok bawa bekalan dari rumah ni PC :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu masa kerja..rajin juga PC bawa bekal..tapi kalau terlebih vitamin M atau tak sempat sangat memang singgah beli sahajalah.

      Padam
  6. saya kumpul bekal ke akhirat..

    jangan tiada langsung takut rasa menyesal hidup di dunia tanpa berbuat kebaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin..aamiin..aamiin.InshaAllah.Betul sangat tu..lebih banyak dan besar bekal lebih baik untuk di bawa ke sana kelak.

      Padam
  7. Kak Sue jarang sarapan, tapi paling kurang kalau tak sarapan tu Kak Sue buat air panas ja. Bab bekalan pula.. kalau tak ada bekalan untuk dibawa ke sana nanti.. rugilah dan merana lah kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC pun sama kak Sue..tapi minum air tu mestikan pada diri.Setuju kak.memang kita dihidupkan di dunia untuk kumpul seberapa banyak bekal untuk di bawa ke sana kan kak..takut juga PC kerana pastinya banyak pundi-pundi yang bocor.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..