Latihan Bersedekah

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

LATIHAN BERSEDEKAH | Sepanjang umur yang Allah izin kita hidup di muka bumiNYA ini..kita setiasa melalui proses pengajaran,pembelajaran dan berguru dengan pengalaman.Sedari alam rahim ibu lagi hinggalah nanti Malaikat Izrail dengan perlahan-lahan dan sedikit demi sdikit menarik nyawa kita.Moga masih boleh dan mampu untuk kita bersyahadah.Paling tidak pun ada orang mengajar kita untuk menyebut ''Allah'' sebanyak-banyaknya.

Tidak tahu bagaimana persepsi orang lain,namun bagi PC banyak perkara dalam hidup ini memerlukan latihan.Baik dari segi zahiriah mahupun batiniah.Setiap hari kita latih diri untuk bersabar..sebenarnya mahu bersedekah pun perlukan latihan juga.

Latihan bersedekah.Teringat dulu masa berada dikelas agama fardhu ain(KAFA).Ustazah cakap..mula-mula latih diri bersedekah beri sesuatu pada benda yang bernyawa tapi kita tak boleh minta balasan daripadanya.Contoh bagi makan pada haiwan..kucing ke..ayam ke..tabur baja pada pokok.Mereka makhluk hidup.Bernyawa tapi kita tak boleh minta mereka beri macam mana kita beri.Boleh jadi kita bagi kucing makan..tapi kucing tu cakar kita.Boleh jadi kita rajin siram air..tabur baja pada pokok tu tapi pokok tu tak nak pulak berbuah..maksudnya..latih diri bersedekah tanpa mengharap balasan.

Rezeki yang kita nikmati kadang bukan daripada hasil kerja keras bekerja siang malam sebaliknya boleh jadi rezeki yang kita kecapi kerana sedekahnya kita satu masa dulu.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Setuju tu kak pc, kena latih diri bersedekah tanpa harapkan balasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah nanti Allah balas dengan caranya sendiri..aamiin.

      Padam
  2. setuju. hati ni memang toksah dok kata la kan. berbolak balik sungguh la :(

    BalasPadam
  3. Jika selalu dibuat..akan mnjadi amalan rutin

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian ini PC. Masih melatih diri dan mudah2an diterima segala infak sedekah dgn keihlasan hati sepenuhnya oleh Illahi, in shaa Allah.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama