Lihat Satu Jangan Samakan Semua

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LIHAT SATU JANGAN SAMAKAN SEMUA.Dalam setiap diri manusia..ada sisi baik dan ada juga tabiat yang kurang baik.PC pun.Mana yang lebih dominan antara salah satu daripada dua sisi ini cuma diri kira dan Allah swt sahaja yang tahu.Orang lain akan tahu bila kita tunjukkan secara terang-terangan.Namun begitu manusia ada satu lagi sisi yang sangat bahaya iaitu bijak berpura-pura.Lantaran itu tidak hairan namun  sangat membimbangkan bila ramai yang menjadi mangsa dan terpedaya dengan kepura-puraan sesetengah orang yang ada bermacam agenda.

Lihat satu jangan samakan semua.Sempurna melindungi segenap aurat.Belum sempurna melindungi aurat.Tinggi penddikkannya.Sederhana sahaja ilmunya.Mampu menghafaz dan menghafal Al Quran.Cuma mampu khatam muqadam.Berkain pelikat.Berseluar pendek.Solat di masjid.Solat di rumah.Jangan terus menghakimi baik atau buruknya seseorang itu.

Sekiranya kita melihat satu keburukkan dilakukan orang ianya tidak mencerminkan orang lain yang seakan dia juga berkelakuan buruk.Begitu juga bila kita memandang kebaikkan orang..tidak tentu juga orang lain yang begitu gaya dan cara hidupnya tetap sentiasa lakukan hal kebaikkan.Walau mungkin cara penampilannya seakan sama namun setiap orang ada keperibadian yang berbeza-beza.Ada orang nampaknya baik sebaliknya yang dilakukan.Ada orang yang menjadi sasaran anggapan serong sedangkan dia tidak berkelakuan begitu.

Sukar menilai keperibadian seseorang.Terkadang orang yang hampir pun keliru dengan segenap tindak tanduk ketika menilai.Mudahnya,andai keburukkan yang kita lihat doakanlah moga keburukkan itu satu masa nanti berubah menjadi kebaikkan yang berterusan.Sekiranya kebaikkan yang kita lihat contohi dan moga ianya satu kebaikkan yang benar-benar tulus tidak untuk sekadar mengaburi.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya




6 comments:

  1. Kadang-kadang apa yang kita lihat tidak sama dengan apa yang tersirat.

    ReplyDelete
  2. setuju. yang kita nampak dengan mata kasar belum tentu sama dengan dalaman orang tu. nampak kasar, rupa dalam hati ada taman.

    ReplyDelete
  3. Setuju. Tapi yang bahayanya orang yang berpura-pura. Depan lain, belakang lain. Silap² kita yang rapat dengan orang macam ni menjadi mangsa keadaan.

    ReplyDelete
  4. Manusia juga serba kekurangan. Mana mampu nak menilai orang lain :)

    ReplyDelete
  5. Setuju. Sangat tidak adil untuk menilai orang dengan hanya melihat satu sisi buruk/kelemahannya.

    ReplyDelete
  6. setuju dan manusia pun boleh berubah.... susah utk kita menilai

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.