Mahu Travel!!Jom Tapi..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MAHU TRAVEL !! JOM TAPI.. | Bila permohonan cuti diluluskan itu sudah menjadi satu nikmat bagi yang bekerja.Sedangkan suri rumahtangga pun ada ketikanya mahukan “me time”.Dapat hirup secawan kopi dengan kawan-kawan,berbelanja apa yang sekian lama disenaraikan pun sudah cukup membahagiakan.Silap-silap senyum lebar bawa ke tidur.Itu baru lulus cuti.Baru lulus “me time” daripada encik suami.Agak-agak kalau berpeluang pergi bercuti..melompat bintang tak..hehehehe..alhamdulillah.Rezeki sangat-sangat tu.Silap-silap masak pulut kuning sekali dengan rendang daging.

Kalau ditanya pada sesiapa pun,nak tak pergi bercuti..agak jarang yang menolak kecuali ada sebab yang memang tidak dapat dielakkan untuk bergerak atau pergi ke mana-mana.Pergi bercuti menjadi keinginan semua orang baik kita di Malaysia mahupun sahabat-sahabat kita di negara jiran seperti Singapura. Bercuti dan pergi bercuti luar daripada destinasi terkini boleh menjadi satu terapi untuk kita legakan segala bebanan yang bersarang difikiran dan meringankan beban emosi yang berkecamuk dengan rasa yang kelam dan kelabu.Fokus mencari rezeki untuk menafkahi keluarga dan kekangan masa dek tugas dan tuntutan kerja yang mesti dilunaskan mengikut waktu yang ditetapkan,ianya menjadi asbab mengapa keparluan pergi bercuti itu terpaksa dilupakan dan terkadang berada dalam senarai terakhir dalam apa yang diperlukan.Justeru itu jangan hairan sekiranya ada yang sudah bertahun-tahun malahan tidak pernah sekalipun pergi bercuti.

Isilah peluang dan ruang yang ada.Tidak semua orang Tuhan beri dirinya peluang untuk pergi bercuti baik secara individu atau pergi bercuti bersama-sama insan-insan tersayang.Tidak seperti dahulu,zaman sekarang serba serbi mudah.Banyak kemudahan disediakan untuk lebih jauh kaki melangkah menikmati negara orang.Bercuti.Melancong merupakan salah satu cara kita mendekati alam yang Tuhan cipta untuk makhlukNYA.Justeru itu mengapa tidak sesekali dilakukan.Dalam banyak negara yang yang sering menjadi dambaan untuk di datangi..Negara Malaysia tidak terkecuali memiliki bentuk muka buminya yang indah dan berbaloi-baloi untuk dikunjungi.Makanya, buat sahabat-sahabat yang berada di Singapura sekiranya sedang tercari-cari tempat percutian  bolehlah cuba Singapore Airlines booking mengguna khidmat yang disediakan oleh Traveloka. Terdapat banyak promosi yang ditawarkan di situ, antaranya ialah Singapore to Penang flights, di mana pakej-pakej penginapan yang murah dan sebagainya boleh dilihat serta diteliti satu per satu.

Malihom Private Estate,Penang Malaysia
Sumber : traveloka.com

Risiko sentiasa ada.Malang tidak berbau.Tiada isyarat pun.Ada ketikanya berlaku secara tiba-tiba atau spontan seperti mana yang DIA mahu.Sejauh mana pun kita cuba elak..jika DIA izin..terjadi juga walaupun dalam rumah sendiri.MasyaAllah.Namun jangan terus dan sentiasa tawakkal membuta tuli sebaliknya Tuhan sentiasa suruh kita berusaha sehabis baik bukan sekadar untuk diri sendiri malahan untuk insan di sekeliling kita juga.Andai tidak ke mana –mana pun kita perlu sentiasa berusaha berhati-hati apatah lagi sekiranya mahu melakukan bergerakkan atau pergi ke tempat baru yang asing bagi kita dan keluarga yang di bawa,harus lebih berganda persediaan dan awasan yang mesti dilakukan.Justeru tidak menjadi satu kesalahan dan kerugian pun  sekiranya kita membuat persiapan yang rapi atau menyediakan “backup plan” sebagai satu ikhtiar sewaktu percutian nanti.

Sentiasa menjaga itu perlu.Bukan sekadar  lokasi,keadaan cuaca dan kewangan yang perlu diambil kita.Sebenarnya banyak lagi yang perlu diperhatikan supaya ketika bercuti hati senang,fikiran lapang.Mahu Travel!! Jom Tapi..

Tapi apaaaaaa!!!..apa lagi,usahakanlah sehabis baik dalam menyediakan awasan yang kukuh sedayanya kita sebagai hambaNYA untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Cukup niatkan apa yang dilakukan sebagai usaha mahu berjaga-jaga dan persediaan keranaNYA ketika sedang bercuti tidak kiralah ke mana pun destinasinya baik sekadar dalam negara mahupun ke luar negara.Antaranya;

Takaful / Insurans.Pilihan dan kehendak.Boleh sahaja untuk tidak memiliki takaful atau insurans.Namun tidak menjadi satu kesalahan besar pun kalau mahu untuk memilikinya bukan sekadar unutk diri sendiri malahan untuk seisi keluarga.Ianya mempunya banyak kebaikkan sebenarnya.Bagi yang mampu dan mahu jangan berlengah dan berkira-kira untuk memiliki takaful atau insurans yang dirasakan selayaknya dan sesuai dimiliki.Terkadang kita juga perlu memikirkan sepuluh langkah kehadapan.Biarpun di masa hadapan tidak mampu untuk kita ramalkan apa yang bakal terjadi.Kesimpulannya,mampu..makan adakanlah takaful dan insurans yang terbaik untuk awasan.Apa salahnya sedikit daripada pendapatan yang diperolehi dilaburkan kepada takaful atau insuranskan.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menjadikan travel sebagai aktiviti rutin.Sangat baik untuk kita pastikan kita ada takaful atau insurans ni sebelum travel supaya andai terjadi sesuatu hal telah tersedia perlindungan yang dapat membantu kita.

Kenal pasti dan kaji titik-titik fokus sebelum memulakan perjalanan.Pentingkah?.Ya.Berada di kawasan sendiri pun kita harus ambil tahu banyak perkara untuk memudahkan urusan,apatah lagi bila mahu berada dalam jangka masa yang agak panjang berada di tempat asing bagi kita,maka perlu lebih kenal pasti agar sebarang masalah sekiranya timbul boleh ditangani dengan kadar paling segera.Lebih-lebih lagi tempat makan,hospital dan balai polis terhampir.

Perkhidmatan panggilan kecemasan dan simpanan nombor peribadi.Perlu untuk kita sediakan beberapa senarai nombor penting dan peribadi yang boleh dihubungi oleh orang yang mengendali ketika berlaku apa sahaja kes kecemasan pada kita.Tidak semestinya nombor orang yang ketika itu bersama-sama kita sahaja,malahan adalah lebih baik berikan nombor seorang dua kenalan kita di Malaysia supaya boleh dan mudah dihubungi untuk menyampaikan apa sahaja maklumat yang perlu.Senaraikan nombor-nombor yang boleh dihubungi ini ditempat yang mudah dilihat dan didapati selain jelas unutk dilihat orang yang mahu membantu dan menguruskan kita ketika itu.Kekangan memecah kata kunci telefon bimbit dapat diatasi dan masa dapat dijimatkan.Dan jangan lupa juga bawa sebarang ubat-ubatan seperti mana dinasihati doktor sekiranya ada dan perlu.Ini juga perlu dimaklumkan kepada sesiapa yang menyertai kita ketika itu.

Biar lebih jangan kurang.Seharian kita tetap memerlukan duit.Duit tidak mampu membeli segala-galanya tapi ada duit inshaAllah banyak hal boleh diselesaikan dan dimiliki seperti mana selayak dan semampunya serta dibolehkan oleh syarak.Jangan membazir.Pilihlah untuk berjimat cermat dan bersederhana sentiasa.Mahu tidak mahu,,suka atau tidak ketika sedang bercuti,pundi-pundi duit harus disediakan lebih kalau tidak untuk dibelanjakan pun ianya sangat perlu dijadikan persediaan untuk situasi luar jangka.Cukup bawa dan sediakan duit tunai seperlunya sahaja dan selebihnya simpan ditempat sewajarnya seperti dalam safety box hotel, selitkan di dalam casing phone, letak dalam invisible zip yang ada dekat mana-mana beg dan juga letak dalam salah satu poket seluar kita atau di tempat yang mudah untuk kita ambil kemudian tukar ke matawang tempatan jika perlu atau diperlukan ketika itu.Secara tidak langsung ianya menyelamatkan kita daripada sebarang kerugian andai terjadinya kes-kes kecurian dan sebagainya.Nampak mudah bukan..tapi ianya memerlukan kemahiran dan teknik yang betul dan tindakkan yang cekap.InshaAllah semua berlangsung dengan baik.

Salinan dokumen penting  jangan dipandang remeh.Sesiapa pun boleh terdedah dengan pelbagai masalah atau musibah.Orang lain dan tidak mustahil berlaku pada diri kita juga.Lebih merumitkan bila sedang bercuti jauh daripada Negara Malaysia.Allahu.Maka apa salahnya sediakan salinan dokumen penting sebagai persediaan jika diperlukan tidak perlulah memeningkan kepala untuk diserahkan kepada pihak yang memerlukan ketika itu.Lebih-lebih lagi untuk urusan di kedutaan dan imigresen seandainya kita mengalami masalah passport.Selain passport, perlu juga sediakan salinan takaful atau insurans dan juga kredit kad atau debit kad info serta laporan rekod kesihatan sekiranya ada.Sediakan dan kumpulkan setiap salinan dokumen di tempat yang selamat,sama dan mudah diambil.Manfaatkan kotak atau peti keselamat di hotel untuk menyimpan dokumen-dokumen ini.

Pergi bercuti itu pilihan dan impian ramai orang,jika berkemampuan tidak salah memberi hadiah dan beri layanan terbaik untuk diri sendiri malahan untuk keluarga juga.Traveloka menyediakan banyak peluang,ruang dan pilihan kepada kita.Baik untuk dalam negar mahupun ke luar negara.Bukan mewah menjadi ukuran bahagia atau gembeira tapi bagaimana kita menghidupkan dan mencipata rasa gembira dan bahagia itu paling utama.
Selamat bercuti ke destinasi idaman.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

3 comments:

  1. cuti sek dah mula jd bolehlah merancang nak ke mana2 destinasi terdekat..

    ReplyDelete
  2. Merancang utk percutian jadi lebih memudahkan malah menceriakan lagi mood bercuti :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.