Bertahan Lama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERTAHAN LAMA |Guna sebelum.Baik Sebelum.Itu yang sering tercatat pada makanan atau apa sahaja bahan dan barangan yang selayaknya sebelum tarikh luputnya.Ada makanan boleh bertahan lama hingga bertahun..ada cuma boleh bertahan hanya beberapa hari sahaja.Itu kisah pada makanan.Namun kehidupan kita manusia tidak begitu.

Berusaha bersungguh-sungguh untuk berada di satu posisi atau zon itu sukar sebenarnya.Apatah lagi di zon yang sangat selesa atau sederhana selesa.Ujian pasti ada.Cubaan bersilih ganti juga.Bertahan lama.Sampai bila.Hidup tidak selamanya jasad bernyawa.Satu masa sampai detiknya lebur juga.

Namun pernah tak terfikir..akan ada dua sisi yang bertahan lama biarpun telah lama wujudnya jasad kita tiada lagi.Kisah hidup kita sebenarnya yang akan bertahan lama untuk dikenang cuma bezanya di kubu yang mana..di kubu kebaikkan yang dibina atau dikubu keburukkan yang tercipta.

Semasa hidup kita menjadi watak utama..kita dulu kemudiah ceritanya.Namun setelah kematian ianya bakal bertukar di mana kisah dulu yang disebut barulah siapa kita diingat-ingat.

Sekian.

Sama-sama mencari redha Allah swt



7 comments:

  1. Betul PC.. jika boleh bertahan lama, kita amik langkah penjagaan, tapi jika kita leka, maka akan luput dengan seklip mata.. berzikirlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sis. Moga yang baik-baik sahaja dikisahkan orang.

      Delete
  2. Pilihlah yg bertahan lama dlm kebaikan ye PC..
    Kata ustazah buat byk kebaikan kerana Kita tak tahu yg mana satu membawa Kita ke syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat kak. Selagi boleh usaha kita usahakan yang baik-baik.

      Delete
  3. mcm kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama (jasa, kebaikan atau sblk nya)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.