Dahulukan Yang Hampir

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DAHULUKAN YANG HAMPIR."Kuman seberang lautan nampak,gajah depan mata tak terlihat..".Allahu."Yang dekat bau tahi,sedang yang jauh bau bunga..".Allahu.Sebolehnya JANGANLAH.

Siapa yang paling hampir dengan kita..dahulukan dan santuni dengan sebaik-baiknyalah.Hampir yang PC maksudkan bukan yang berada disebelah kita atau bagaiaman tetapi hampir yang PC maksudkan adalah,contohnya ibu ayah kita...adik beradik kita..anak-anak atau anak buah kita..suami kepada isteri..isteri kepada suami..inilah maksud PC.Kemudian barulah yang lain-lain mengikut keperluan yang betul-betul selayaknya.

Kenapa kena betul-betul selayaknya.Bila tersilap memberi perhatian atau "dahulukan"..inshaAllah akan timbul banyak masalah sama ada masalah itu terjangka atau tidak terjangka.Kalau mahu anak panah atau peluru mengena sasaran..fokus hanya pada titik fokusnya sahaja supaya matlamat tidak tersasar.Takutnya nanti "kera di hutan disusui,anak di rumah mati kelaparan..".Bahaya untuk diri sendiri dan menyusahkan orang lain jugakan.

Hargai dan muliakan(sayangi,hormati)insan-insan yang sedari awal bersama-sama jatuh bangunnya kamu..kerana yang tidak mendampingi namun cuba mendekat itu boleh jadi cuma hanya mengambil kesempatan semata-mata atas apa yang sedang dan telah kamu miliki.

Sekian.

Sama-sama mencari redha Allah swt

5 comments:

  1. Kekadang yang hampir tu laaa selalu orang mudah lupa kan PC ...

    ReplyDelete
  2. betul tu, yang depan mata taknampak yang jauh juga nampak huhu

    ReplyDelete
  3. Betul tu PC.. kalau boleh kita dahulukan mana yang dekat dengan kita..

    ReplyDelete
  4. betul tu..utamakan keluarga dahulu sebelum orang lain..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.