Eh Macam Kena Dengan Jiwalah

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

EH MACAM KENA DENGAN JIWALAH | Pemula atau pencetus sesuatu hal itu bakal menjadi sebutan dan membawa seribu satu atau lebih tanggungjawab.Kalau baik maka manislah.Andai sebaliknya maka kelatlah jadinya atau mungkin menjadi sepahit-pahitnya akibat.Menjadi sebutan pada perkara yang baik itu didamba setiap orang.Menjadi mimpi ngeri bila orang kenal atau kenang kita dengan hal yang tidak molek untuk disebut apatah lagi tidak sedap pada pendengaran.

Sengaja mahu mengikuti.Tidak sengaja terikut-ikut.Cuma diri sendiri dan Allah swt sahaja yang tahu.Orang lain yang melihat dan menilai cuma pada hasil apa yang telah ditunjukkan sahaja.Namun begitu,sebelum taksub dan memutuskan untuk mencontohi sesuatu itu,sebaiknya pertimbangkan dan kajilah dahulu sedalam-dalamnya.Mudah cakap,jangan ikut atau fanatik melulu.

Saya dengan cara saya.Awak dengan cara awak.Mereka dengan cara mereka.Ada bawaan masing-masing juga.Tapi boleh juga terjadi ''eh macam kena dengan jiwalah'' bila mana rasa tertarik dan serasi atau sesuai itu tumbuh ketika lakukan sesuatu.

Berblog.Begitu juga ketika berblog.Setiap blogger ada pilihan masing-masing dalam membuat pemilihan konten apa yang mahu diketengahkan.Konten yang bagaimana mahu dikongsikan dengan sahabat blogger yang lain.Setiap blogger ada kreativiti masing-masing untuk menjadikan blognya menarik,kontennya mantap dan berisi.

Ada blog yang sangat dekat dengan jiwa kita.Ada blog yang senang untuk dikunjungi.Ada blog yang sangat mesra sahabat.Justeru tidak hairan mengapa rasa suka untuk terus mengikuti itu ada.Cuma satu perkara yang mesti diperhatikan dan dijaga..format konten.Mencontohi itu tidak mengapa peribadi bagi pebdapat PC TETAPI jangan tiru atau ambil karya orang lain tanpa minta izin terlebih dahulu dan tidak dikreditkan kembali kepada pemilik asalnya.

Berkaryalah dengan cara masing-masing.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

16 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu kalau c&P pun bagilah kredit pada yang empunya.
    Kalau kena dengan jiwa mesti kita selalu nak datang lagi dan datang lagi kan walaupun template biasher-biasher je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Beri kredit tu tanda menghargai usaha orang lain kan MrsA.Template tu penting tapi isi yang mahu disampaikan lebih penting.Kadang ringkas je tapi menusuk kalbu.

      Padam
  2. Saya baru nak belajar.. Blog sekadar suka-suka untuk menulis.. Selalu jadi silent reader je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah..proses belajar sentiasa berterusan.Selagi boleh..selagi mampu jom teruskan belajar.

      Padam
  3. Sebab tu isi satu2 blog tu mahal harganya. X boleh lah nak simply copy and paste kan. Tak berkat nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak Ana..setiap blogger kerah idea dan tenanga nak hasilkan sesuatu entri..bukan kerja mudah.

      Padam
  4. Perbuatan plagiat sama diumpamakan seperti mencuri.. perbuatan itu sendiri tiada berkatnya apatah lagi jika ada hasil yg diperolehi dari perbuatan tersebut. Moga kita semua dijauhkan dan dihindari dari mencuri hasil penat lelah orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepan Tn.Sebaik-baiknya minta izin.Kalau tidak pun tolonglah beri kredit kepada pemilik asalnya.Kesian,jangan aniaya orang lain demi kepentingan peribadi.

      Padam
  5. Betul tu. Kalau nak ambil pun, berilah kredit kan.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah terima kasih atas peringatan ^_^

    BalasPadam
  7. Ya. Insyallah. Pakcu banyak belajar daripada blogger2 senior. Banyak yang prrlu digali lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitu juga PC.sentiasa rujuk blogger-blogger yang lebih berpengalaman.

      Padam
  8. Setuju! Kadang kadang takda idea nak hapdet blog...kita baca blog orang lain..tajuk Dan isi boleh nak follow cuma kena olah..jangan sebiji sejibik tepek kat blog sendiri Tanpa credit...haaa..betul takk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Bagus.TAk salah pun ambil apa yang sesuai tapi olah guna ayat sendiri dan kembangkan isi dengan idea yang lebih baik.

      Padam
Terbaru Lebih lama