Larangan Itu Racun

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LARANGAN ITU RACUN |Semakin dilarang semakin itu berkobar-kobar mahu tahu dan mahu dilakukan.Manusia ada segelintirnya suka mencabar orang lain dan mencabar diri sendiri.Awas.Salah cabar terbakar.Hancur.Lebur.

Larangan daripada Allah swt itu bersebab.Sebab yang manfaatnya untuk jangka masa yang sangat panjang.Kalau dituruti nikmatnya dapat sedari dunia hinggalah dikehidupan yang abadi kelak.InshaAllah.Memang berat.Memang besar cabarannya.

Larangan daripada manusia adakalanya sukar diikuti kerana ada campuraduk dengan nafsu,kepentingan peribadi dan bercanggah hukum yang telah disyariatkan.Lebih sakit apa yang kau cakap dan larang orang buat,eh sekali kau pula yang bukan main melakukannya.janganlag begitu.kalau larang orang kena larang diri sendiri juga.

Larangan itu racun.Racun kepada orang yang mahu terus melakukan biarpun telah berkali-kali dilarang,dinasihati dan dihukum.Justeru adalah lebih baik setiap larangan itu disertakan dengan sejelas-jelasnya penerangan atau penjelasan yang kukuh supaya setiap larangan itu dipatuhi tanpa banyak bersoal jawab.

Sekian.

Sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. selalunya begitulah bila kemahuan mengatasi akal kan PC

    BalasPadam
  2. Saya teringat pulak berita tentang Muhammad Sajad..

    BalasPadam
  3. setuju sangat..sebab tu ada kaunselor kata..bila kita larang anak dari membuat sesuatu..jangan sesekali disebut "JANGAN". Jangan itu akan lebih mendorong

    BalasPadam
  4. kebiasaan habit manusia..yg larang tu yg dibuatnye..
    semakin dilarang semakin dibuat..Akhirnya memudaratkan diri..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama