Header Ads

Pancing Mood

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PANCING MOOD |Bagi PC setiap hari itu adalah hari baru.Selepas subuh itu adalah halaman atau muka surat baru yang Allah swt beri pinjam kepada kita.Kepada sesiapa sahaja.Walaupun nantinya ada perkara atau urusan semalam yang perlu disambung untuk diselesaiakan pada hari ini..hari ini dan hari-hari seterusnya tetap hari baru yang kalau helaian kertas ianya masih putih dan sangat-sangat bersih.

Awal pagi sedari bangun daripada tidur.Bagaimana mood kita.Ianya akan mempengaruhi sepanjang hari yang bakal kita lalui atau tempuhi.kalau pun boleh ditutupi ianya seakan menggals satu beban besar di hati dan fikiran.Berat dan menyesakkan,sehinggalah dilepaskan atau dileraikan dengan sebaik-baiknya.

Pancing mood.Sesiapa pun baik bekerja bermajikan atau diri sendiri menjadi pekerja dan majikan..atau apa sahaja yang diusahakan atau dikerjakan..pancinglah mood sebaik mungkin sedari awal pagi.Bangun tidur.kalau suami isteri cuba saling pancing mood.Kalau ibu bapa dan anak-anak juga perlu pancing mood supaya tidak ada yang buat karenah.Penting sangat ke?Penting,supaya urusan sepanjang hari mudah diurus dan lancar.

Susah nak bahagi-bahagikan mood.Bila mood kita tidak baik.Mahu tidak mahu akan ada yang bakal menjadi mangsanya walau tanpa sengaja dan tidak kita ingini pun ianya berlaku.Tak pasal-pasal melayang pahala,eh bergolek-golek pulak dosa datang.Sesekali mood ke laut itu wajarlah.Kita bukan robot yang boleh diset.Tetapi kalau selalu..agak berbahaya dan tidak baik juga untuk diri sendiri dan orang disekeliling kita.

related image
Pancing Mood | Google Image
Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

logoblog

3 ulasan:

  1. alhamdulilah... selalunya mood pepagi sure baik punya.. cuma sesekali lah.. tu pun jarang sesangat. kena positive kan..

    BalasPadam
  2. Bila mood pagi baik, tenaga pun rasa mcm lebih banyak aura positif utk seharian berbanding jika mood tak baik. Mmg betul kena pancing mood kan. Thanks sharing PC.

    BalasPadam
  3. kalau mood dah jatuh ke dalam laut yang paling dalam, kena sediakan 'pancing' yang lebih 'kuat' untuk me'mancing' kembali mood tersebut hehehe

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..