Penuh Makna

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

PENUH MAKNA

Indah pemandangan bunga setaman
Pelbagai bunga bermacam warnanya
Senyum sentiasa jadikan amalan
Janganlah senyum hanya bila ada mahunya

Sejambak mawar indah hiasannya
Untuk si jelita pemberian teruna
Berbuat kebaikkan ditunut agama
Tidak usah berbaik-baik bila tersepit sahaja

Mewah sungguh perabot jati
Sentiasa menjadi pilihan yang meminati
Memberilah dengan sejernihnya hati
Tidak baik memberi tersembunyi hajat dihati

Bukan hina tidak berkereta
Setiap orang berbeza kemampuannya
Terimalah pemberian apa adanya
Setiap pemberian itu penuh maknanya

Kain songket berbaju kebaya
Selendang biru bersulam jingga
Saling menghargai sesama manusia
Hidup sentiasa diberkati olehNYA

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. MOGA SET IAP ANAL KEBAIKAN KITA DITERIMA ALLAH DLM REDANYA

    BalasPadam
  2. dalam sungguh maksud syair PC minggu ini. thanks for sharing...

    BalasPadam
  3. waalaikumussalam. mendalam setiap bait kata2. perlukan hati dan minda bersatu untuk memahami nya ^_^

    BalasPadam
  4. moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua =)

    BalasPadam
  5. Namun sekarang nie lebih banyak yang baik bila ada sebabnya.. sedih juga..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama