Cara Mudah Mahu Mengenali Seseorang

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

CARA MUDAH MAHU MENGENALI SESEORANG |Manusia boleh berubah.Mudah juga berubah.Apa pun berbalik juga pada mahunya daripada diri sendiri.Berubah ni ada macam-macam.Baik kepada tidak baik,tidak baik kepada baik,baik kepada lebih baik dan tidak baik kepada lebih tidak baik.Ada banyakkan.Semuanya ada jalan cerita dan sebab masing-masing.Kalau mahu menuding jari baik fikirkan dalam-dalam dulu.

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain,ini pun dah susah nak menilai orang apatah lagi sekarang lebih bayak warna boleh disapu pada rambut,lebih banyak tudung boleh digayakan maka lebih sukarlahkan.Bukan bererti yang dah molek bertudung tu kena buka tudung pula.Apa sahaja penampilan luaran seseorang itu baik lelaki mahupun wanita..dan apa sahaja jenis pekerjaannya bukan satu tiket dengan mudahnya kita membuat penilaian dan kesimpulan.Justeru mengapa Allah swt itu lebih tumpu pada hati manusia untuk menilainya.

Ini cuma sekadar pendapat PC sahaja.Cara mudah mahu mengenali seseorang sebenarnya ada banyak.Antaranya tengok bila kita susah.Siapa yang berada disekeliling kita itu berada di mana.Menjauh atau mendekat.Cermin diri kita juga dalam masa yang sama.Bila orang sekeliling kita susah,kita berada di mana ketika itu kecuali ada hal atau perkara yang kita sendiri tidak mampu elak.

Kemudian ketika marah.Ketika marah lazimnya apa sahaja yang terbuku dihati dimuntahkan dengan  kadar paling cepat dan paling mudah.Tidak mustahil banyak perkara dan kata-kata yang bercanggah akan keluar daripada mulut..bermakna ketika tenang kata-katanya lain..ketika marah jauh menyimpang daripada ungkapan sebelumnnya.Kalau ketika tenang dia kata tak kisah akan suatu hal..dan ketika api kemarahannya menyala tidak membangkitkan hal tersebut maka setaralah..andai ketika tenang dia bersungguh kata tak kisah..sedang bila marah semuanya muncul..nah nilailah sendiri.

Bagi PC ketika susah dan ketika marah inilah dua hal yang boleh menampakkan warna sebenar seseorang.PC sendiri pun manusia biasa tidak kebal dan tidak kalis dengan perilaku kurang memuaskan hati.Ada masa khilaf ketika berlisan..khilaf juga bertindak.Namun usaha untuk perbetulkan diri itu terus berjalan selagi diizinNYA.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang hatinya baik, baik yg di dalaman atau di luaran

    BalasPadam
  2. Kdg2 sy cepat kata seseorang itu baik. Apabila kenal nya baru tahu mcm mana perangainya.

    BalasPadam
  3. menerima sahabat kita seadanya n bertolak ansur

    BalasPadam
  4. Sebenarnya setiap orang tidak lari dari kekurangan dan kelemahan.. Namun kena berpada pada kan.. Kalau buat orang sakit hati selalu nak win dia je tak boleh jugak. Hidup ni kena ada timbang rasa.. Baru harmoni☺️

    BalasPadam
  5. susah kita nak menilai orang kan .. nampak baik tapi hati budi dia kita belum tahu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama