Ad Code

Responsive Advertisement

Ticker

6/recent/ticker-posts

Melawan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MELAWAN |Diam itu lebih baik.Tapi kalau nak diam pun pastikan betul-betul sesuai dan tepat pada masa dan keadaannya.Kalau diam tidak pada tempatnya pun boleh menimbulkan masalah juga satu masa nanti.Mahu diam juga mesti jelas sebab atau alasannya kerana adakala diam juga semakin memburukkan keadaan.

Diam-diam ubi berisi.Bagus diam sebegini namun belum tentu tiada musuh atau tidak menjadi perhatian dan belum tentu tidak ada yang suka untuk mencuit dan sebagainya.Justeru itu pada ketika wajar untuk melawan..maka melawanlah dengan cara yang betul.

Melawan.Sebut melawan lazimnya menggunakan kekerasan.Bergaduh,bertumbuk,sepak terajang hingga mencederakan tubuh badan.Sekarang masih ada begitu namun semakin lama semakin berkurangan.Semakin lama semakin bijak orang mahu melawan pihal lawannya.Bukan main hentam ikut suka sahaja lagi.Harap maklum.

related image
Melawan | Google image

Lisan.Ada orang tak puas hati terus cakap..cakap dan cakap sampai dia berasa betul-betul puas hati.Luahkan segala apa yang terbuku dihati.Muntahkan segala yang ada dan bersarang pada fikiran dan perasaannya.Tiada tapis-tapis.Derasa macam air yang mengalir.Diri sendiri lega.Orang lain belum tentu.

Dalam hati.Bersahaja.Senyumkan saja.Layan apa pun situasi.Apa pun orang kata.Apa pun yang dilemparkan.Namun sakannya berkata-kata cuma dalam hati yang paling dalam dan menyerap semuanya tanpa orang lain tahu.Bila tiba satu detik yang sudah tidak tertahan..nahhhhhh.Silakan terima.Pun bahaya juga.Menyakiti diri sendiri juga.Apatah lagi orang lain.

Perbuatan.Zaman sekarang melawan melalui perbuatan tidak semestinya beradu tenaga.Kerana kebanyakkannya melawan dengan ayat-ayat sindiran atau peasanan-peasanan ringkas yang tajam,pedas dan padu.Walau lembut dan manis setiap patah kata yang disampaikan..namun apa yang dikongsikan itu menusuk tajam.Perbalahan dua pihak lazimnya bakal diketahu dan melibatkan banyak pihak hujungnya.Kita faham sedang orang lain tertanya-tanya dan berandaian yang aneh-aneh.

Diri kita dan orang lain.Orang lain?Perlu ke ambil pusing(kisah)?..kalau orang lain dapat kebaikkan daripada kita tak perlu risau pun kerana boleh jadi nanti ianya membantu kita.Tapi kalau kerana kita menyebabkan orang lain jadi kurang baik..itu yang perlu dikisahkan..sila ambil peduli.

Sekian.

#moga Allah SWT tidak berpaling


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Kalau dengan bos ditempat kerja nak melawan tu kena ada fakta yang kukuh dan banyak biar bos tahu apa yang kita rasa. Kalau senyap je tak boleh jugak nanti jadi barah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat tu Mrs A.Sebelum cakap kena senaraikan dulu fakta-faktanya.Supaya hujungnya tidak kita yang terkena semula.Aamiin.

      Padam
  2. melawan bila perlu. Diam bila perlu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat,kenan sesuaikan dengan situasi.

      Padam
  3. waalaikumussalam. harus melawan andai kata nama kita disalahkan ke diburukkan ke camtu la :D

    BalasPadam
  4. Bukan melawan tetapi menegakkan kebenaran

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Begitulah kehidupan.. Membuka mata dan fikiran tetapi mengunci kata-kata dari berbicara. Namun diam bukan diam seumpama menjeruk pekasam, tetapi diam mencari akal merawat rasa. Diam ada seninya.. melawan juga ada seninya.. sesuai dengan waqi`nya, biah-nya. Tepuk dada tanya iman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam.Betul.kalau nak berkata-kata atau melawan pun mesti dengan adab dan kena lihat dengan siapa sedang kita bercakap.

      Padam
  6. Perkongsian yang sangat berguna. Ada masa kita diam, dan ada masanya kita perlu melawan

    BalasPadam
  7. ada benda yang lebih baik kita diamkan, ada benda yang kita kena tegas dengan kata2...ikut pada kesesuaian keadaan..

    BalasPadam
  8. Melawan biarlah secara berhemah.. diam sambil memerhati. Atau kalau tak ada perkara yang baik kita nak cakap, lebih baik kita diam..

    BalasPadam
  9. Ada masa memang kita perlu diam. Tetapi, ada masa perlu juga untuk kita pertahankan perkara yang sebenar.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Ad Code

Responsive Advertisement