Usahalah Dulu..Baru Takdir

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

USAHALAH DULU..BARU TAKDIR |"Dalam usaha ada pilihan.Dalam pilihan ada petunjuk daripada Allah swt".Pilihan dan petunjuk itu bukan satu perkara asing dalam kehidupan kita kerana sedari kecil pun pada usia yang mana kita sudah boleh memahami..hak membuat pilihan itu ada untuk kita.

Takdir

Taqdir Mubram: Takdir yang muktamad atau sudah tetap dan ia tertulis di Lauh Mahfuz. Tiada pengurangan, penambahan atau pengubahan dalam takdir ini.Takdir yang telah Allah swt tentukan  pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. Contohnya: Kehidupan dan Kematian.
Taqdir Mu’allaq: Takdir yang tertulis yang boleh menjadi tetap dan boleh juga berubah dengan kehendak Allah, bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia. Mu’allaq bererti tergantung. Ia adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara dan usaha atau ikhtiar.
Menyalahkan takdir.Sesuatu yang terjadi adalah akibat daripada perbuatan diri sendiri yang barangkali tidak mendengar apa sepatutnya di dengari.Menolak apa yang sepatutnya diterima dan dilaksana.Meludah apa yang sepatutnya dihadam kemudia ditelan.Menyalahkan takdir seperti menyalahkan Allah swt.Berkeluh kesah tidak dapat diasingkan dalam kehidupan kita.PC pun pandai berkeluh kesah.Manusiakan.Beragam emosinya.Ada turun naik juga kewarasan dan iman.
Menegakkan takdir.Berbalik juga pada niat sedari awalnya bagaimana.Ada orang bersungguh-sungguh menegakkan takdir untuk menghalalkan cara."Ini memang dah takdir".Untuk menyelamatkan diri.Untuk mempertahankan diri atau berkepentingan baik untuk orang lain atau diri sendiri.
Persoalannya sejauh mana usaha yang dilakukan.Usahalah dulu..baru takdir.Bukan berserah kepada takdir dulu baru usaha kerana Allah pandang dulu usahakan kita unutk ubah takdir yang telah ditetapkan.Lantaran Allah swt tidak zalim,maka sentiasa ada nilai da ada berharga walau sekecil-kecil usaha yang dilakukan oleh hamba-hambaNYA.
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah swt


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. jgn berhenti berusaha selagi terdaya.

    BalasPadam
  2. Doa pada Dia, kemudian usaha dan tawakal. Teruskan usaha hingga berjaya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama