Yakin Betul-betul

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

YAKIN BETUL-BETUL |Mana mungkin kita boleh menyekat dan melarang orang lain daripada bercakap.Kerana diri sendiri pun kadangkala sukar untuk berhenti bercakap.Dan untuk mengasingkan dan memilih patah perkataan yang baik ketika berlisan juga bukan satu hal mudah untuk dilakukan.

Baik atau tidak.Betul atau sebaliknya cakap tetap cakap kerana apa pun yang keluar dari mulut itu sudah dirasakan betul dan terbaik sangat.Teling yang mendengar dan hati yang menerima serta akal yang menafsir harus bekerja lebih keras untuk mengasingkan agar yang baik diserap dan sebaliknya segera dibuang.

Bila kita dengar sesuatu yang tidak suka kita dengar.Bila kita terpaksa dan dipaksa ambil tahu dan beri perhatian pada perkara yang tidak seperti kita ingini..itu berat dan menyesakkan.Tidak mustahil terganggu ketenteraman jiwa dan fikiran.Walau sekuat mana mahu ditepis dan dikikis ianya tetap sahaja berlegar-legar dan terkurung dalam fikiran.

Ingat,apa sahaja lisan manusia yang cuba dan sedang atau telah disampaikan..dia manusia sama seperti kita..barangkali dia Allah swt pilih memiliki sedikit ilmu untuk menjadi perantara dalam merealisasikan usaha orang lain..namun jangan sampai kita putus kepercayaan bahawa semua atas mahuNYA DIA juga

Kepada Allah jualah kembalinya kamu, dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
(Hud 11:4)

Kalau hari ini kita menerima khabar tidak seperti yang diharapkan..pasakkan pada hati dan minda bahawa .. 

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
(Yaa Siin 36:82)

Sekian.

#moga Allah swt tidak berpaling

10 comments:

  1. yakinlah atas kuasa Allah yang Maha Berkuasa. Terima kasih atas tazkirah pagi Jumaat ni.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan.. aminn

    ReplyDelete
  3. Setiap kali rasa hati lost, bila tengok perkongsian PC, hati rasa lapang. Alhamdulillah. ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar.Terima kasih ya.Moga bermanfaat..

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini PC. Pasti yakin kpdNya dan janji2Nya pun pasti akan berlaku.. Allahuakbar. Semoga Allah sentiasa memberkati.

    ReplyDelete
  5. ZumaQQ adalah situs judi online yang menyediakan deposit via pulsa1:13 PM 20-Jan-20
    Dengan keunggulan tersebut memudahkan membernya dalam melakukan deposit
    Sehingga sangat banyak sekali bettor judi online yang bermain disini
    Agen Domino Terpercaya dengan bonus new member 30%
    WA : +6281263106553

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.