Apa Yang Bersarang Tidak Diketahui

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

APA YANG BERSARANG TIDAK DIKETAHUI | Awak melihat dan saya pun melihat.Tidak kiralah apa yang dilihat dan fokusnya ke mana.Apa yang kita nampak sekadar luarannya sahaja.Kalau comot maka comotlah.Kalau kemas maka kemaslah.Dan kalau biasa-biasa sederhana maka begitulah apa seadanya yang dilihat sepasang mata.

Kenapa.Mengapa.Bagaimana.Entah sebenarnya kita tidak tahu pun.Sebenarnya apa yang dilihat atau terlihat itu semua dengan izinNYA juga.Boleh jadi untuk kita pelajari sesuatu.Ada masanya kita pergi untuk melihat,contoh ziarah menziarahi.Ada ketikanya yang lain tidak mahu dan tidak telintas difikiran pun mahu melihat tapi itu yang terjadi.Pasti ianya tidak sia-sia.

Jasad dan watak mampu menutupi.Sesiapa pun ada sahaja yang perputar difikirannya untuk sentiasa difikirkan.Ada juga pelbagai rasa yang dirasakan sepanjang masa.Selagi hidup bukan sahaja manusia malahan haiwan dan tumbuhan juga ada cara bicara atau komunikasinya yang tersendiri dan berbeza-beza.

Apa sahaja yang bersarang dalam hati dan fikiran satu sama lain tidak diketahui sehinggalah ianya diluahkan sehabais baik.Apa sahaja bentuk masalah atau bukan masalah tidak pecah selagi tidak terlisan.Apa pun jenis penyakit yang ada dalam tubuh kita yang mungkin telah sekian lama bersarang tidak dianggap penyakit selagi kita tidak berasakan ada sakit di mana-mana bahagian tubuh.

Pengetahuan kita sangat terhad.Walau setajam mana pemerhatian dan pemahaman kita mampu kuasai..ianya tetap masih berada pada hadnya.Ada yang lebih luas pengetahuannya.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul PC apa yang bersarang di minda sendiri pun kekdg kita tak berapa pasti..

    BalasPadam
  2. harap2 yang bersarang di minda kita tu yang baik2 belaka

    BalasPadam
  3. setuju kak PC, semuanya dengan izin Allah Taala belaka

    BalasPadam
  4. Betul tu PC.. Allah yang Maha Melihat, Maha Tahu.. dalam dan luar..

    BalasPadam
  5. ya...kadang2 kita ada masalah yang kita rahsiakan dari orang lain...kerana tidak mahu menambah bebanan di fikiran mereka

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama