Berjimat Cermat

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BERJIMAT CERMAT

Kuih donat kuih keria
Sesuai dimakan bila-bila masa
Berjimat cermat amalan mulia
Untuk awasan disuatu masa

Ke hulu ke hilir mencari terompah
Terompah unik mahu ditempah
Tidak banyak walau sedikit tidak salah
Paling penting sikap istiqhomah 

Awal pagi sarapan jus
Jus buah-buahan lazat sekali
Berjimat cermat itu bagus
Elak kedekut melimpah rezeki

Sakit bila bibir tergigit
Sudah luka berdarah pula
Tidak khusus pada wang ringgit
Berjimat cermat pada selayaknya

Kurang manis kuih bahulu
Menjadi kegemaran segelintir orang
Bersusah-susah dahulu
Moga dipermudah masa mendatang

Sekian. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam Ahad.. bersederhana semuanya

    BalasPadam
  2. berjimat cermat ni memang amalan yang baik tapi sekarang ni payah sungguh nak berjimat lebih2 lagi bila anak2 dah semakin membesar ada jer kos yang perlu...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama