Bertindak Balas Tentu Ada Sebabnya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERTINDAK BALAS TENTU ADA SEBABNYA | Kata-kata kesat atau sinis sering dilemparkan bila melihat suatu kelainan yang dilakukan oleh orang lain. Lebih-lebih lagi kalau apa yang dilakukan atau tindakkannya itu seakan-akan berlebihan atau sedikit kasar serta macam kurang sopan (kata-katalah lazimnya). Namun dalam segenap yang dilihat kemudian dinilai, ada tak terfikir bahawa setiap tindak balas itu ada sebabnya, ada puncanya atau lebih mudahnya ada pemacunya.

Bertindak Balas
 berbuat atau melakukan sesuatu sbg reaksi kpd sesuatu tindakan atau kpd perbuatan lain.

Tidak berada pada situasi yang sama mana mungkin dapat merasai apa yang dirasai orang lain tersebut. Justeru bertindak balas tentu ada sebabnya kerana sekiranya seseorang itu waras akalnya, dia tidak akan sewenang-wenangnya bertindak balas sesuka hati tanpa sebab, dan biasanya tindak balas itu pun dek keranan provokasi yang sangat mencengkam minda dan perasaan.

Adalah lebih baik selusuri hingga ke dasarnya punca atau sebab sebelum menilai akibat yang jelas di hadapan mata. Ramai yang jatuh kerana lebih banyak jari yang menuding berbanding tangan yang menghulur.

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Bertindak Balas Tentu Ada Sebabnya


2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Ramai yang jatuh kerana lebih banyak jari yang menuding berbanding tangan yang menghulur. = SETUJU!

    BalasPadam
  2. Tak akan jatuh kalau banyak tangan yang menghulur

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama