Header Ads

Bila Perut Lapar

BILA PERUT LAPAR. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Jangan main-main ye bila perut lapar, macam-macam boleh terjadi dengan izin Allah swt. Yang bahaya, yang tidak bahaya, boleh bercampur baur dan boleh jadi orang lain daripada orang yang sebenar kerana bila lapar sangat mempengaruhi fikiran dan emosi kita.

Bila Perut Lapar
Gambar  Sekadar Hiasan

Macam serius sangat. Cuma perut lapar je pun apalah sangat. Nampak mudah, nampak kecil dan macam remehkan.. tapi besar kesannya pada diri seseorang dan orang lain bila perut lapar.

Melakukan jenayah kerana lapar. Pernah dengar atau terbaca tak kes orang mencuri kerana kelaparan. Orang mencuri kerana mahu memberi anak isteri makan yang sedang kelaparan di rumah.Pernah tak?. Tak kisahlah mencuri makanan atau barang-barang yang boleh dijual untuk mendapatkan duit kemudian dugunakan membeli keperluan atau makanan..terdesak?, ya mungkin juga. Kesempitan hidup pun tidak mustahil juga. Apa pun jalan dan kerja yang dipilih dan dilakuakn kerana mahu mencari rezeki bagi menampung dan mengelak rasa kelaparan.

Berlakunya pembaziran. Justeru mengapa disarankan makan biar kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil atau sedikit, supaya tidak berlakunya pembaziran. Bila perut benar-benar lapar.. apa sahaja makanan yang dilihat dirasakan sedap dan diingini. Namun sekadar mana sahaja perut kita mampu manampung makanan yang dimasukkan ke dalam mulut. Sehinggakan nanti hujungnya berlaku pembaziran bila banyak makanan berlebihan dan tidak mampu untuk dihabiskan.

Hilang kewarasan atau pertimbangan yang yang sepatutnya. Jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Begitulah keadannya bila perut lapar. Penyabar pun boleh hilang sabar. Tidak pemarah pun boleh jadi pemarah.Jangan main-main. Mahu disekeh kepala orang yang mengacau..itu kira berhemah lagi kena sekeh..kalau kena maki..mahu tak bertegur..tak berbaloikan. Gara-gara lapar boleh menyebabkan emosi tidak stabil juga. Badan jadi lesu. Kurang bersemangat. Kurang proaktif. Jangan harapkan fokus yang tinggi pada ketika sedang lapar..memang akan ke laut fokus yang diharapkan. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bila Perut Lapar



logoblog

6 ulasan:

  1. cik. nur kalau lewat atau x mkn dan lapar sgtt2 siap. la. kena. migrain. huhuu tak. boleh buat apa bila sakit kepala tu
    terpaksa mkn panadol

    BalasPadam
  2. Bak kata orang.... "a hungry man is an angry man"

    BalasPadam
  3. macam orang sakit gigi juga. salah gaya, naya.. hehe

    BalasPadam
  4. Bila dah lapar, memang boleh bertukar jadi hulk hahaha

    BalasPadam
  5. perut lapar kerana puasa tiada masalah kan

    BalasPadam
  6. haha. busyra bila lapar x boleh sembang dh.. hehe

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..