Pesan Pada Orang Ingatkan Diri Sendiri

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

PESAN PADA ORANG INGATKAN DIRI SENDIRI |"Aku belum cukup baiklah tak layak untuk nasihatkan orang".Ingat,seburuk mana pun seseorang itu pasti ada sisi baiknya kerana bersih itu dibawa sedari lahir lagi,cuma barangkali untuk menunjukkan secebis kebaikkan itu seolah-olah ada yang menghalang dan rasa terhalang.

Orang yang sentiasa sebarkan hal kebaikkan.Mengajak orang lain lakukan dan amalkan kebaikkan perlu juga diingat dia tetap sahaja manusia biasa.Tidak semua ya..barangkali ada segelintirnya tetap sahaja khilaf baik sengaja atau tidak sengaja.Bukan PC mahu memburukkan orang berilmu ya,apa yang PC nak sampaikan adalah siapa pun kita ada potensi untuk lakukan salah dan ada potensi juga untuk menarik orang ke jalan yang lebih baik.

Niatkan kerana Allah swt.Nak masuk tandas pun baca doakan minta perlindungan daripada Allah swt.Apatah untuk lakukan suatu perkara..niatkan kerana Allah.Cuba nak buat perkara buruk,,baca bismillah..dan niatkan kerana Allah..inshaAllah tak sampai hati nak buat dan batal terus kerana jauh di sudut hati tetap tahu tahap tertingginya dan kesucian Allah swt.

Ini cuma contoh tau..tau..tau.Contoh mudah je.Tak percayakan cuba...sahaja aku nak mengumpat kerana Allah taala.Mesti tak jadi sebab akan terlintas satu perasaan berdosa pada Allah swt..kalau kali pertama kebal..tetap juga mengumpat..teruskan banyak kali..nanti lama-lama-lama perasaan malu pada Allah swt timbul..hehehe.

Berpesan-pesan itu adalah perkara baik,berpesan dengan hikmah dan santun tidak kiralah dengan siapa pun baik sebangsa seagama atau sebaliknya.Cuba amalkan pesan pada orang kemudian niatkan kerana Allah untuk ingatkan diri sendiri juga.Ini yang cuba sedang PC lakukan..apa yang PC kongsikan kalau ada nasihat itu sebenarnya ingatan untuk diri sendiri juga.Bila ada yang respon tinggalkan komen PC tak bangga tapi bersyukur kerana ianya menaikkan lagi semangat PC bertatih untuk berubah lebih baik.InshaAllah.Aamiin.Doakan ya.Moga setiap doa yang baik-baik..kebaikkannya itu kembali kepada kalian juga.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. terima kasih banyak-banyak atas perkongsian post ni, PC. sangat bermanfaat dan menyentuh hati ini

    BalasPadam
  2. Good sharing PC.. untuk ingatan kita bersama kan..

    BalasPadam
  3. betul, put Allah first in everything you do...

    BalasPadam
  4. Lihatlah pada apa yang diberi nasihat bukan pada siapa yang memberi nasihat.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama