Sebaik-baik Perniagaan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SEBAIK-BAIK PERNIAGAAN |Aktiviti perniagaan telah bermula sejak zaman berzaman.Rasulullah SAW pun berniaga begitu juga isteri baginda Khadijah binti Khuwailid.Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan.Besarkan bahagiannya dengan syarat tiada riba,halal dan bersih hasilnya.Berkat.Berniaga melulu tanpa ilmu ibarat mencurah air ke atas permukaan daun keladi..tidak meninggalkan kesan atau hasil.Kalau mahu berniaga..belajar dan latihan.InshaAllah boleh.Aamiin.Menjadi sunah jugakan.

Meraih keuntungan dalam perniagaan itu perlu dan boleh untuk mendapat pusingan modal.Namun jangan keterlaluan mengaut keuntungan.Dalam berniaga pun boleh bersedekah..itu boleh mendapat keuntungan akhirat.Untung dunia dapat.Untung akhirat dalam genggaman.Nah gitu.

Sebaik-baik perniagaan ..

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? | Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(As-Saff 61:10 -11)

Jangan kabur dengan keuntungan yang berganda hingga hujungnya meleburkan diri sendiri kelak.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. waalaikumussalam. terima kasih pc atas perkongsian ni ^_^

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah peringatan yang jarang dikongsi.. Zaman sekarang orang hanya tahu nak buat untung je tanpa fikir keberkatan.. Terima kasih kak PC

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama