ANAK LELAKI KE.. ANAK PEREMPUAN KE

ANAK LELAKI KE.. ANAK PEREMPUAN KE | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم .Assalammualaikum wbt. Lelaki dan perempuan perbezaannya nyata adalah jantina. Kalau sentuh soal watak seharusnya lelaki lebih tegas, berani, kuat manakala perempuan seharusnya lebih beperwatakkan lemah lembut, sentiasa mahu dilindungi dan tidak sekuat lelaki. Namun begitu hakikatnya amat sukar untuk menjelaskan watak lelaki dan perempuan kerana ada lelaki memang lelaki (baca:bukan bapuk, transgender Dan seangkatan dengannya)namun cenderungnya lebih berpendirian perempuan sedangkan yang perempuannya pula lebih suka dan gemar bertingkah seperti lelaki (baca:bukan tomboy).

Anak lelaki ke.. Anak perempuan ke semuanya rezeki dan amanah daripada-NYA untuk ibu bapa. Mungkin ada yang semua anaknya lelaki.. Dan mengharapkan anak perempuan. Ada yang semua anaknya perempuan, teringin sangat-sangat nak anak lelaki. Setiap orang ada alasan tersendiri nak anak lelaki atau perempuan tapi alasan Allah SWT itu yang terbaik. Sangat terbaik.

ANAK LELAKI KE.. ANAK PEREMPUAN KE
GAMBAR HIASAN - KREDIT

Mungkin dulu-dulu, anak lelaki menjadi simbol kekuatan dalam keluarga.. Baik dalam agihan faraid harta pusaka, membela nasib keluarga dan ibu bapa kelak.. Ya, anak lelaki yang sering menjadi sandaran,yang sentiasa di highlights. hakikatnya akhir zaman ni jelas ramai sahaja anak perempuan yang mengurus segala keperluan ibu bapanya juga. Mungkin kerana perempuan kudratnya terbatas sering tercicir pada pandangan manusia. 

Dan sebenarnya anak lelaki ke.. Anak perempuan ke tetap ada tanggungjawab terhadap kedua ibu bapanya sentiasa. Bezanya adalah cara masing-masing melaksanakan tanggungjawab tersebut sahaja berdasarkan situasi dan kesesuaian. Anak tetap anak ada yang mesti diuruskan dan dilaksanakan dengan paling baik. 

Tinta Perdu Cinta ❤
ANAK LELAKI KE.. ANAK PEREMPUAN KE  


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu xde beza dah anak lelaki ke anak pompuan.. Tanggubgjawab tu tetap sama je

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama