Header Ads

Bila Nanti

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA NANTI 

Nanti-nanti 
Belum tentu ada lagi nanti
Barangkali cuma Allah SWT beri sekali
Atau ada rezeki lainnya juga sekali lagi

Bila nanti sudah tidak ada baki
Siapa yang mahu dimarahi
Marahilah diri sendiri
Mengapa tidak ingatkan diri
Orang bantu cuma sesekali
Lama-lama muak dan benci
Hujungnya dicaci

Bila nanti nikmat sihat ditarik kembali
Siapa yang sudi menghulur simpati
Simpati tanpa syarat itu dan ini
Simpati ikhlas kerana Ilahi
Daripada hati

Jangan bantunya sejengkal
Dikisahkan berela-ela
Disebut berdekad-dekad
Allahu

Bila nanti masanya tiba
Tibanya tidak tentu bila
Bila-bila sahaja dimahuNYA
Bersediakah kita dengan bekalannya
Sediakanlah walau cuma sedikit sahaja

Bila nanti
Ya,bila nanti
Yang tidak pernah diketahui
Apa bakal dan akan terjadi
Letakkan sekukuh sandaran pada Ilahi
DIA lebih mengerti

Salam Aidiladha untuk semua sahabat blogger.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bila Nanti


logoblog

3 ulasan:

  1. Salam aidil adha .. Maaf zahir & batin

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya Aidiladha kak.
    Semoga Allah permudahkan segala kesulitan kita. Aaminnn...

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..