بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
MAHU JANGAN LEPASI MAMPU | Ambil ukuran dibadan sendiri jangan ikut ukuran badannya orang.Kalau sama saiz sekalipun rasa selesa itu berbeza kerana citarasa tidak sama.
Biar papa asal bergaya.Mula-mula mungkin berdaya. Awal-awal buat kebal sahaja namun lama kelamaan menjadi penyakit tidak terawat.Macam gembira namun sengsara. Bukankah itu berbahaya.
Mahu itu boleh tidak salah pun tapi kena ingat dan hati-hati jangan sampai lepasi mampu.Kecuali pada perkara-perkara tertentu yang mungkin seperti tidak mahu tapi mesti dipaksa lantaran itu satu arahan daripada-NYA.
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Citarasa kita memang berbeza. Yg penting kena ikut kemampuan. Janji tak terbeban di kemudian hari.
BalasPadamBetul tu kak.
Padamikut kemampuan sendiri
BalasPadamSetuju.Supaya tidak susah kemudian hari.
Padamhidup seadanya tidak perlu berlebihan
BalasPadamSederhana itu indah.
Padamtu la kita ni terkadang suka melepasi paras mampu..lepas tu terduduk baru berfikir...aduhh
BalasPadamBetul kak.Itu yang risau jadinya.
PadamAda kemahuan yg perlu kita bendung agar tetap atas kemampuan kita, dan ada juga keperluan yg menjadi ibadah perlu kita usahakan sehabis baik moga hidup kita bertambah berkat, in shaa Allah.
BalasPadam