Header Ads

Pasir-pasir Pahala Buih-buih Dosa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PASIR-PASIR PAHALA BUIH-BUIH DOSA |Pantai.Salah satu tempat yang sangat PC sukai.Nikmat bila dapat pijak pasir-pasir halus dipesisir pantai.Kaki terbenam dalam pasir itu seronok sangat.Lupa bila balik rumah nanti muka sunburn..hehe..Tapi dalam situasi terkini pendam rasa rindu pada aroma dan Sekalian pantai.

Apa lagi ya..haaaa.. dulu PC suka tunggu Babah basuh motor.. Tengok mama cuci pakaian. Bukan saja-saja tapi ada niat. Niat nak main buih sabun. Sentuh buih-buih guna jari bila pop pecah tu yang wow.Lepas tu pop juga melenting kesakitan kena cubit.

Sekarang.. Semakin menua..Semakin memerhati dan mengalami.. Semakin mahu berfikir dan muhasabah diri.

Kalau berasa indah dan nikmat dapat bersiar-siar dipantai.. terfikir juga.. Ya Allah indahnya andai kebaikkan dan ganjaran pahala seperti pasir-pasir di lautan dan persisirnya.Manakala setiap dosa itu adalah seperti buih-buih sabun atau buih dilautan. Walau sangat mudah terbentuk Namun sangat mudah juga pecah dan hilang.Allahu

Niat atau cakap sesuatu yang kurang baik,tapi belum buat atau langsung tidak melakukan maka tidak dicatat sebagai dosa.Tapi niat yang baik,belum lakukan atau tidak jadi untuk lakukan pun sudah tercatat pahala kebaikkan.Tapi janganlah asyik dok niat nak buat baik semata..buatnya tidak..janganlah macam tu..niat baik,,buat makan bergandalah ganjaran kebaikkan nanti.Aamiin.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

logoblog

6 ulasan:

  1. niat yang baik-baik, buat yang baik-baik, doa yang baik-baik...insya'Allah yang baik-baik akan datang kepada kita...

    BalasPadam
  2. Semoga dosa2 berlalu bavaj buih2

    BalasPadam
  3. teringat juga akan hadis nabi yang menceritakan umat islam pada akhir zaman dimana dikerumuni musuh

    apakah mereka ketika itu sedikit?

    ramai tetapi mereka ketika itu ibarat buih buih di lautan.

    Allah mencabut rasa takut di dada musuh kamu dan menimpakan kamu dengan penyakit wahan.

    BalasPadam
  4. In shaa Allah, terima kasih atas peringatan ini PC. Niat perkara yg baik serta buat perkara yg baik, perkara yg baik2 juga akan dtg kpd kita, in shaa Allah.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..