Header Ads

Rezeki

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

REZEKI

Pergi pagi pulang petang
Bawa pulang sayur dan ikan
Tidak bergolek rezeki datang
Semua mesti diusahakan

Pulang ke rumah waktu senja
Sebab kukuh tidak mengapa
Tidak semestinya wang semata
Rezeki itu luas pengertiannya 

Sedap sungguh kuih keria
Disira dengan gula melaka
Setiap makhluk ada rezekinya 
Perlu dicari dan berdoa juga

Setiap petang beli samosa
Beli seringgit dapat tiga
Bukan di bumi di langit juga
Sumber rezeki bermacam bentuknya 

Bukan mudah tugas bilal
Melainkan azan menyeru semua
Carilah rezeki yang halal
Sejahtera dunia hingga di SANA

Sekian. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 
logoblog

10 ulasan:

  1. subhanallah, semua nya dengan izin Allah Taala jua

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat tu ..kita ni cuma boleh terus ikhtiarkan.

      Padam
  2. REZEKI ALLAH MELIMPAH USAHA CARI INSYAA ALLAH

    BalasPadam
  3. moga kita semua memperolehi rezeki yang halal dan berkat.

    BalasPadam
  4. rezeki kena dicari. x boleh mengharapkan takdir semata2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..berkat dicari itulah nanti ada jalannya.aamiin.

      Padam
  5. rezeki tak semestinya wang ringgit dah harta kekayaan.
    Anak2 yang soleh/solehah dan keafiatan yang berpanjangan juga rezeki yang tak ternilai

    BalasPadam
  6. Sentiasalah kita berdoa agar setiap rezeki yg dtg adalah halal dan beroleh keredaan serta keberkatanNya.. aamiin ya Mujib.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..