Saksi Menyaksikan Beraksi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SAKSI MENYAKSIKAN BERAKSI | Setiap hari kita menyaksikan banyak hal atau kejadian yang berlaku. Secara terus atau melalui video-video, rakaman atau tayangan dimedia cetak.. media social dan media elektronik. Apatah lagi sekarang semua dihujung jari. Pantas.Dalam rumah pun boleh dapat banyak informasi. 

Bila sebut saksi.Sangat dekat dengan hal-hal tertentu dan diperlukan di tempat serta urusan tertentu.. Tidak hanya untuk menjadi penguat fakta atau sumber sebelum suatu hukum perlu dijauhkan atau sebaliknya.. malahan dalam banyak undang-undang atau peraturan pun sering memerlukan saksi. Contoh mudah, dalam rukun nikah pun saksi menjadi salah satu rukun wajibnya.

Susah nak menjadi saksi?. Berbalik pada situasi dan kes.Ada ketika saksi terpaksa menyembunyikan kebenaran. Ada detiknya saksi mesti berkata benar walaupun pahit dan berdampak bahaya.Ada macam-macamkan.Jadi tidak hairan dan jangan marah kalau ada orang yang tidak mahu menjadi saksi walau cuma saksi borang semata-mata.

Saksi menyaksikan beraksi.Bicara atau tanpa bicara.Melihat atau tanpa melihat. Mendengar atau tanpa mendengar. Di langit. Di bumi. Segenap isi dan penghuninya..bererti termasuklah kita semua.. adalah saksi menyaksikan beraksi nanti. Kalau tidak di dunia..... Nah, nanti di akhirat sana. Allahuakbar.Semua pasti beraksi menjadi saksi.. Kebenaran. Pendustaan.Akan ada saksi-saksinya. Di ketika semua mampu berbicara..hanya mulut terkatup rapat. 

Sekian. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Waalaikumussalam. Semoga dipermudahkan segala urusan kita. Aamiin

    BalasPadam
  2. satu hari nanti disana.. tatkala mulut dikunci dan yang lain berbicara..
    masa tu saksi yang utama. mata.. telingat tangan dan sebagainya.

    Allah.. semoga Dia lindung sentiasa kita.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama