Header Ads

Tidak Ukir Atas Pasir

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TIDAK UKIR ATAS PASIR

Tidur malam beralaskan tikar
Tikar mengkuang anyaman bonda
Melunas seperti bagai diikrar
Jangan dibiar sekadar kata

Jangan dibiar sekadar kata
Kata itu umpama kota
Kota dibina teguh asasnya
Bukan manisnya dibibir sahaja

Bukan manisnya dibibir sahaja
Tidak cuma indah bahasa
Cuba-cuba seiringkan juga
Tidak canggung lenggok tingkahnya

Tidak canggung lenggok tingkahnya
Peribadi indah terlihat nyata
Tidak ukir di atas pasir sepertinya
Bukti itu membungkamkan suara

Bukti itu membungkamkan suara
Dihati juga jangan bertikam bicara
Selamat berhujung minggu semua
Indahkan waktu bersama-sama keluarga 

Sekian

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

logoblog

10 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..