Sentiasa Saling Menghargai

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SENTIASA SALING MENGHARGAI |"Apa yang kamu beri inshaAllah kamu akan terima kembali".Baik yang diberi maka baik juga yang kamu terima.Andai sebaliknya maka itu juga yang bakal diterima seperti mananya.Cuma ada yang dapat tunai di dunia.Ada yang Allah tangguh nanti di sana.Kalau nak dapat yang baik-baik dunia akhirat..taubat jika sudah buat perkara kurang baik..yang sudah baik itu kekalkan ya.PC pun begitu juga terus paksa diri berubah dan bertaubat.Kita sama-sama.

Sentiasa saling menghargai.Banyak.Kata-kata pujian,memberi perhatian,memenuhi hajat dan permintaan,memberi penghargaan.Ada banyak cara menghargai satu sama lain.Bersyukur itu juga menghargai pemberian Tuhan.Mendoakan pun itu tanda kita menghargai.Tapi jangan anggap cara menghargai itu dinampakkan dengan kebendaan sahaja.

Adakah Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) salah satu cara mendidik manusia sentiasa saling menghargai?peribadi bagi PC ya sangat.Kalau anak-anak yang tinggal berjauhan daripada ibu bapa dan keluarga masa inilah mesti lebih kerap berhubung dengan mereka.Saudara mara..rakan-rakan bertanya khabarlah.Sebagai masyarakat,hargailah penat lelah orang lain yang sedang melunas tugas.Kalau orang lain melunas tugas untuk menjaga mengapa tidak kita sama-sama berganding bahu sama-sama memelihara agar apa yang terjadi boleh dipulihara dengan segera dan baik.

Tolonglah.Tolonglah sentiasa saling menghargai.Jangan ambil mudah.Jangan buat sesuatu tindakkan seperti meludah.Ambil mudah sedang akibatnya itu berat.

Sentiasa Saling Menghargai

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ALLAH SEDANG MENGUJI KITA SALINGLAH BERTOLONG BANTU

    BalasPadam
  2. insya'Allah...terima kasih jua atas peringatan yang diberi...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama