Header Ads

Umpan Apa Yang Dilontar

UMPAN APA YANG DILONTAR | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt.  Ikan apa yang menjadi dambaan.Ikan apa yang mahu makan umpan pada mata kail. Penting memilih umpan setelah tahu ikan apa yang menjadi sasaran.Berbanding menjala ikan yang lebih bersifat rambang..apa sahaja jenis hasil tangkapan.. Itulah rezeki keseluruhan. Beraneka jenis ikan. Pelbagai saiz.Itu kisahnya bila memancing ikan. Atau menjalani ikan. Apa pula umpan yang kita atau orang lain sesiapa sahaja lontarkan. 

Umpan apa yang dilontar. Subjeknya apa dan bagaimana. Siapa pula sasarannya.Masanya.Situasinya.Fuhh.Dewasa ini bukan susah untuk dikenali atau diingati. Bezanya cuma pada cara yang digunakan. Sejauh mana momentum yang dirasakan. Gempaknya. Keberhasilannya.Termakan umpan atau menjauhi. 

Kata-kata manis, perhatian,bantuan dan banyak lagi boleh dijadikan umpan. Jangan main-main.Cuma kadang kita tidak sedar dan tidak jangka pun bahawa itu adalah umpan-umpan kecil.Sudah berapa ramai yang makan umpan-umpan yang dilontar. Hujungnya berlaku sengketa. Bermasam muka. Menjeruk rasa.Sesiapa sahaja boleh menjadi umpan. Sesiapa sahaja juga boleh terpedaya dengan umpan. Allahu. 

Salah ke?..makan umpan tak salah. Salahnya bila tidak memerhatikan dan tidak memilih umpan sebelum dimakan. 

Sekian. 
Tinta Perdu Cinta ❤
Umpan Apa Yang Dilontar

logoblog

2 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..