Bab Perhiasan Emas Untung Anak Perempuan Rugi Anak Lelaki

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BAB  PERHIASAN EMAS UNTUNG ANAK PEREMPUAN RUGI ANAK LELAKI | Tidak semua orang mampu membeli barang perhiasan emas,mampu alhamdulillah.Tidak mampu apa adanya.Ada yang cuma sebentuk cincin.Ada yang cuma seurat gelang tangan dan rantai leher.Ada cuma sepasang subang.Dan ada hingga diwajibkan membayar zakat harta.Itulah namanya rezeki.

Untung anak perempuan akan diberi dan menerima semua perhiasa emas milik ibunya.Boleh jadi diberi semasa ibunya masih hidup atau pindah milik mewarisi setelah kematian ibunya.Ya ke begitu.Dan lazimnya begitu.Lelaki diharamkan memakai perhiasan emas maka gigit jarilah semua anak lelaki.Begitukah.

Jika timbul permasalah seperti ini TOLONGLAH rujuk pada pihak yang tepat untuk tidak menimbulkan rasa yang kurang selesa.PC yakin telah ada cara pengiraan dan pembahagiannya seperti mana yang telah ditetapkan oleh hukum.

Pandangan peribadi bagi PC.Perlukah ada bahagian perhiasan emas untuk anak lelaki.Layakkah dia mendapat perhiasan daripada ibunya.Ya,bukan untuk dia pakai tetapi jika anak lelaki sudah berkahwin boleh diberikan kepada isteri atau anaknya.Untuk menjadi kenangan atau tanda ingatan satu masa nanti.Sekali lagi ini pandangan PC dan bagi PC ianya boleh dianggap hadiah.Anak perempuan jadilah pemegang amanah menjaga hadiah itu jika adik atau abang lelakinya belum beristeri.Namun begitu ianya terserahlah kepada pertimbangan masing-masing.

related image
Bab Perhiasan Emas Untung Anak Perempuan Rugi Anak Lelaki
Google Image
Sekian

RAHMAT Allah SWT itu KUNCI

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Tengah viral kedai pajak gadai penuh pelanggan.
    Simpan emas boleh jadikan duit masa sesak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam keadaan sekarang banyak kemungkinan kan Wak.

      Padam
  2. ya kan, tak terfikir tentang lelaki boleh simpan saja emasnya, tak perlu pakai..pernah jugak la dengar lelaki bagi isteri atau bakal isteri, emas pusaka dari ibu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang lelaki haram memakai tapi tidak haram menyimpan,betul,boleh bagi pada isteri,anak-anaknya sebagai kenangan daripada atok nenek.

      Padam
  3. anak2 abe kie semuanya perempuan dan masing2 telah dibelikan barang kemas setiap satu. Kira mcm pelaburan jugak la tu bila mrka dewasa kelak....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama