Blogger Jelas Matlamat Usaha Lebih Giat

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BLOGGER JELAS MATLAMAT USAHA LEBIH GIAT | Matlamat seperti jantung yang mengepam darah.Lebih laju jantung berdegup lebih deras,laju dan kuat peredaran darah ke seluruh tubuh,namun begitu jika berlebihan ianya boleh membawa bahaya kepada diri seseorang.Matlamat.Semua orang ada matlamat.Bezanya tidak jelas matlamatnya atau sudah mempunyai matlamat yang jelas.

Mempunyai matlamat yang jelas memudahkan.Kurangkan berfikir yang bukan-bukan dan inshaAllah lebih mudah mengatur perancangan yang selayaknya boleh dilakukan.Penting sangat ke ada matlamat yang jelas.Penting.Bila sudah jelas,laluan sukar menjadi mudah,alasan menjadi minimum dan paling utama usaha pun menjadi lebih giat.

Usaha dahulu kemudian hasil.Bila melihat hasil terlebih dahulu  sekalipun pasti usaha apa dan bagaimana yang akan dianalisis sehingga membuahkan hasilnya.Bukankah begitu.Seorang blogger juga tidak terkecuali perlu mempunyai matlamat yang jelas dalam menghidupkan blognya.Membuat keputusan mahu menjadi seorang blogger sedari awal sudah tentu ada matlamatnya.Ada niatnya yang mungkin cuma diri sendiri dan Allah SWT sahaja yang tahu.Sahabat-sahabat yang singgah,cuma membaca dan mengambil isi-isi kebaikkan sahaja sedang disebaliknya pemilik blog sahaja yang lebih berusaha merealisasikan matlamat dengan seberapa banyak usaha yang giat dilakukan.

Dalam setiap apa pun cara mencapai matlamat selain menjadi  seorang blogger sekalipun sebenarnya,jangan sampai sesat,jangan sampai khianat,jangan sampai lupa matlamat paling utama mencari redhaNYA dan berkat.

related image
Blogger Jelas Matlamat Usaha Lebih Giat

Sekian

sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Samalah. Blog uncle yg nampak main-main tu pon sebenarnya ada matlamatnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju uncle.Cuma berbalik pada penilaian yang membaca dan melihatnya bagaimanakan.

      Padam
  2. BERUSAHALAH CAPAI MATLAMAT PASTI

    BalasPadam
  3. semua perkara ada matlamatnya, harap matlamat yang baik-baik lah =)

    BalasPadam
  4. semua perkara ada matlamatnya, harap matlamat yang baik-baik lah =)

    BalasPadam
  5. Moga kita semua dapat mencapai matlamat dalam berblog, terutamanya beroleh berkat dalam berkongsi pengetahuan serta menjalin ukhwah silaturrahim, in shaa Allah.

    BalasPadam
  6. Mudah2an entri2 yang kita hasilkan ada manfaatnya kepada orang lain

    BalasPadam
  7. Kadang Kak Sue rasa penat nak jaga blog sebab nak naikkan uv pv semua tu.. tapi bila pikir balik.. mula-mula matlamat Kak Sue buat blog nie sebab apa.. Kak Sue jadi relaks sikit dan cuma follow the flow aja lah..

    BalasPadam
  8. betul tu...menulis lah yang baik2...moga ada manfaat untuk orang lain...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama