Header Ads

Lembaran-Lembaran Seterusnya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LEMBARAN-LEMBARAN SETERUSNYA

Tajam sungguh duri semalu
Sedikit disentuh sungguh-sungguh dia malu
Setiap detik pasti berlalu
Apa terjadi moga hikmahnya mengiringi selalu

Kelopak mawar indah mekarnya
Walau jauh harumannya dirasa
Manusia tidak mampu meneka
Hadapi dan terima apa seadanya

Putih indah warna kemboja
Hiasan indah disetiap pusara
Teruslah mencorak dilembaran-lembaran seterusnya
Memanfaakan setiap sisa usia yang ada

Larut malam masih asyik menyulam
Terang bulan menyinari malam
Ikhtiarkan hari ini lebih baik daripada semalam
Cahaya yang kelam tidak berterus suram

Baju Melayu berkancing suasa
Warna biru sejuk pandangan mata
Jangan terus dikoyak lembaran sudah lama
Baik amalkan buruk hindari sahaja

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

logoblog

4 ulasan:

  1. rangkaian kata yang membuat kalimat penuh penghayatan dan arti makna ... sukses selalu

    BalasPadam
  2. Lembaran2 lama macam juga lembaran buku yang telah dibaca.
    Jarang diperhati semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walhal ianya mengandungi banyak pengajaran kan Wak.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..