Balas Dendam Betul-betul Pada Musuh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BALAS DENDAM BETUL-BETUL PADA MUSUH.Baik kemudian bermusuhan. Bermusuhan kemudian menjadi baik dan akrab. Semua boleh berlaku. Semua tidak mustahil terjadi. Atas usaha kita. Atas izin-Nya juga semua. Allahuakbar. 

related image

Sebut musuh pun sudah menggerunkan. Musuh boleh datang dalam pelbagai watak. Sahabat boleh jadi musuh. Darah daging sendiri pun boleh jadi musuh. Jiran tetangga juga tidak mustahil mahu bermusuhan dengan kita dan sebaliknya. Senyap-senyap. Terang-terangan. Itu sahaja sebenarnya.Andai terang-terangan mahu bermusuhan kita boleh segera menghindari. Sekiranya senyap-senyap menjadi musuh tidak mustahil kita terpedaya dan terperangkap. Musuh ada di mana-mana. Sentiasa ada. 

Rasulullah SAW sentiasa dimusuhi disaat menyebabkan ajaran Islam. Musuh sentiasa memerhatikan baginda. Sentiasa siap sedia memerangi dan ada yang sanggup mahu membunuh baginda juga. Seberapa ramai musuh baginda,baginda tetap sahaja tegar dan terus berjuang.

Kita contohi. Balas dendam betul-betul pada musuh. Sungguh-sungguh.Balas dendam dengan penuh bergaya dan harap berjaya. Gunakan cara yang paling halus tapi sampai tepat mengena. Susun strategi elok-elok. Santai tapi berterusan berantai. 

Balas dendam dengan cara doakan. Selebihnya itu kerja Allah SWT. 

Sekian. 

Semua menjadi indah pada waktunya

14 comments:

  1. Balas dendam dengan doa. Mudah je kan Islam tapi kita yang buat ia jadi sukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila balas dendam dengan doa sama-sama selamat.

      Delete
  2. semoga semuanya indah pada waktunya

    ReplyDelete
  3. wahh puitisss la ayat kak PC. suka sukaaa hehehe.

    kalau orang musuh dengan kita sebab dengki dengan kita.. kita boleh balas 'dendam' dengan tunjukkan lagi kejayaan, kehebatan dan tauladan yang baik. moga jadi pengajaran pada beliau/mereka. inshaaAllah. semuanya dengan izin Allah kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba untuk terus berada dalam zon positif kan..hidup tidak tahu sampai bila.Masa yang ada gunakan sebaik-baiknya.Aamiin.

      Delete
  4. Kak Sue memang jenis pendendam sikit, kata suami Kak Sue lah.. hehehe.. Tapi sekarang nie cuba pujuk hati redhakan, dan mula balas dendam dengan doa juga. Mengadu pada Allah.. sebab balasan dari Allah nie sapa pun tak dapat nak tangkis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balasan daripada Allah jangan buat main-main.Lagi bila orang yang teraniaya yang berdoa.

      Delete
  5. belajar untuk redha...walaupun sukar...

    ReplyDelete
  6. Belajar memaafkan musuh kita
    Mudah2an akhirnaya menjadi sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Permulaan sesuatu itu banyak carakan wak.

      Delete
  7. Kadang2, orang yang punya baik dengan kita, tengah mengatur strategi memusuhi kita tanpa kita sedar.. pengalaman hidup mengajar ku supaya lebih berhati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lazimnya begitu sehinggalah kita tidak sedar dan tidak jangka pun kan..dan sakitnya menjadi lebih.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.