Header Ads

Jangan Separuh Hati

JANGAN SEPARUH HATIبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Niat itu menjadi asasnya.Dasar yang bakal di atasnya dibangunkan apa yang dinamakan usaha disulam doa serta diikat dengan tawakal. Rasa ragu-ragu itu ada.PC pun ada rasa ragu-ragu. Rasa yang datang dan pergi. Rasa yang bersilih ganti dan rasa yang kadang sukar diusir pergi.Itulah rasa ragu-ragu. Itu belum lagi bercampur dengan rasa malas yang sukar dijangka mahu datangnya bila dan berapa lama mempengaruhi fikiran dan jiwa hingga menjebakkan jasad juga. Allahu.

Memang sangat tidak elok lakukan apa-apa pun itu separuh hati. Kalau niat tidak separuh mengapa apa yang mahu dilakukan mesti separuh. Memang kita tidak mampu mendapat yang sempurna kerana kudrat kita terhad. Tetapi mencapai kadar sempurna selaras dengan fitrah itu boleh dilakukan dan inshaAllah boleh dicapai.

Logiknya jangan ambil ukuran ditubuhnya orang kalau kita mahu membuat sehelai pakaian untuk dipakai diri sendiri. Nanti bila tidak selesa tidak mustahil ianya terbiar membazir begitu sahaja. Biarlah walau cuma sehelai pakaian itu, tapi ambillah daripada ukuran tubuh sendiri. Selesa. Puas hati. Begitu jugalah bila mahu lakukan sesuatu. Cari dan kenalpasti sekadar mana kemampuan diri sendiri. Pasang niat.Lakukan sungguh-sungguh supaya tidak separuh hati melakukannya hingga akhir.

Mustahil tidak ada dugaan. Dan dugaan itu menjadi antara alasan atau sebab juga seseorang dan PC sendiri lakukan sesuatu itu separuh hati. Terkadang kita tewas dengan dugaan dan pelbagai rasa yang mendekat dan menyerap. Kalah ditahap masih awal. Ya, perlu bangkit dan berubah. Mesti lawan juga. Jangan separuh hati lakukan perkara baik. Jangan separuh hati mendekati Ilahi. Janganlah separuh hati.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Jangan Separuh Hati

logoblog

7 ulasan:

  1. suka entry ni...nice sharing....

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian kak PC

    BalasPadam
  3. Kena bersungguh sungguh dan seikhlas hati kan kak PC?
    Apa apa pun, terima kasih atas perkongsian ni :)

    BalasPadam
  4. Lakukan dengan cara istiqomah ..insha Allah

    BalasPadam
  5. tq akak atas prkongsian yg bermakna..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..