Header Ads

Senyap Bukan Bererti Lenyap

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SENYAP BUKAN BERERTI LENYAP

Tersusun rapi sudu  garpu 

Sesuai seperti yang diingini 
Ada baiknya diam dahulu
Seperti ubi diam-diam berisi

Aduh sakit jari tersepit

Terlompat-lompat terjingkit-jingkit
Tidak mengapa menyimpan sedikit 
Lama kelamaan bertambah wang ringgit

Seronok melihat ikan berenang 

Sambil berenang sambil makan
Biar sehari seurat benang
Akhirnya menjadi selebar kain 

Panas terik memakai payung

Payung digantung dipenjuru anjung
Walau perlahan tangan mendayung
Terus tekad mencecah ke hujung

Bila berjanji jangan dimungkiri

Sekali terkena ada peluang lagi
Ambil sedikit biar berkali-kali 
Sikap membazir dapat dihindari

Sekian





Semua menjadi indah pada waktunya 

logoblog

14 ulasan:

  1. betul tu...kita senyap tak blogwalking bukan bermaksud lenyap tau 😆

    BalasPadam
  2. SUka part simpan duit sikit2 tu, lama2 adalah banyak, asalkan istiqamah tak korek hehe

    BalasPadam
  3. Best layan pantun ni, sejuk fikiran...

    BalasPadam
  4. Macam Mrs. A la nih senyap tak up-date blog tidak bererti lenyap ehhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kadang ada sebab tersendirikan MrsA.

      Padam
  5. senyap seketika ada kalanya perlu berehat atau ada kerja lain yang perlu diutamakan :)

    BalasPadam
  6. Betul tu.. lebih baik senyap daripada mencari2 perkara utk dibisingkan.. wallahualam.

    BalasPadam
  7. lama tak membaca pantun..macam puisi pon ada..hee

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..