Aku kau Kita Sama-sama Jaga

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

AKU KAU KITA SAMA-SAMA JAGA

Burung Merbuk bersarang dipokok
Pokok puding berdaun kuning
Kalau boleh hindari merokok
Hindari merokok dihadapan orang

Hidup bersama dengan harmoni
Sesama insan tumbuhan dan haiwan
Pandai-pandailah jaga dan bawa diri
Jaga aib jangan disebarkan

Tidur lewat bangkit pun lewat
Jangan hairan rezeki tidak datang
Bangkit bertanding secara sihat
Bila iri hati dengan kelebihan orang

Buat onar ikut suka
Tidak peduli ibu bapa keluarga
Tidak usah kata tiada kena mengena
Nanti di akhirat kena jawab juga

Lancar berlisan otak bergeliga
Mohonlah bergeliga pada tempatnya
Aku kau kita sama-sama jaga
Barulah semua menjadi sentosa

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. SALING MENJAGA INSYAA ALLAH

    BalasPadam
  2. Saling ada menjaga antara satu sama lain, baru harmoni kan 😍

    BalasPadam
  3. Ingat mengingat amalan terpuji

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.
    Ingin hidup harmoni perlulah saling hormat-menghormati, faham-memahami dan bertolak ansur.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama