Dengar Daripada Mulut Orang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DENGAR DARIPADA MULUT ORANG.Sahih.Tepat.Itulah antara perkara penting yang sangat perlu diambil kira bila menerima apa sahaja perkhabaran.Tidak kisahlah itu cerita,maklumat penting dan sebagainya seperti apa yang dimahu.Cari sumber terpecaya dan jujur ketika menyampaikan.Ini sangat penting.

Best 42+ Lovebird Wallpaper on HipWallpaper | Lovebird Wallpaper ...
KREDIT

Lovebird comel sekali
Warnanya indah menyejuk pandangan
Bila mulut orang memuji-muji
Sandarkan kesyukuran kepada Tuhan

Sesetengan orang mudah menerima apa yang orang lain sampaikan tanpa usul periksa.Semua diterima seperti tempayan yang tidak bertutup.Terus terima air hujan sehingga melimpah,terima juga ranting dan daun yang jatuh.Ada orang susah sangat mahu terima apa sahaja yang disampaikan orang lain.Rasa ragunya tinggi dan naluri sentiasa mahu menyelidiki terlebih dahulu sebelum bulat-bulat menerima.

Apa sahaja yang mahu disampaikan sebenarnya boleh ditambah-tambah oleh sesiapa pun.Dengar daripada mulut orang adakala seperti mahu terkoyak cuping telinga.Tetapi ada juga kebaikkan yang diperolehi bila dengar daripada mulut orang.

Lebih baik kita dengar daripada mulut orang memuji kita daripada kita memuji diri sendiri walaupun kita tidak pernah meminta dan mengharapkan pujian.Lebih damai rasa hati kita dengar daripada mulut orang dia sudi mendoakan tanpa kita meminta-minta didoakan.PC sendiri lebih rasa terharu dan sangat bersyukur bila dengar daripada mulut orang menceritakan atau mengatakan sesuatu yang baik-baik tentang sesiapa pun orang itu tanpa orang itu ketahui dan tidak dia meminta-minta dipuji dan sebagainya.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

10 comments:

  1. kalau berita2 kurang enak ni, baiklah tanya direct pada sumber yang betul kan PC

    ReplyDelete
  2. Saya harap kita akan sentiasa dengar perkara yang baik sahaja...
    dan jauhlah daripada berita2 buruk ni

    ReplyDelete
  3. Tapis dulu cerita2 daripada mulut orang.

    ReplyDelete
  4. khabar apa pun yg didengar hak kita nk percaya r tidak

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.