Jadilah Insan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JADILAH INSAN

Tanam padi tumbuhnya lalang
Lalang ditebas dengan parang
Hidup susah minta senang
Bila senang jangan buli orang

Harapkan pagar melindungi padi
Rupanya pagar mengkhianati
Tiada yang mampu membalas budi
Semua dikenang hingga ke mati

Kait buah guna galah
Galah buluh patah separuh
Ada ketika mesti mengalah
Itu apa yang Tuhan suruh

Dalam gelap meraba-raba
Meraba-raba mencari lilin
Memang ada beza miskin kaya
Cuma hati diberi penilaian

Tanam tebu pinggir bibir
Manisnya kata-kata bukan main
Alam ini ada yang tadbir
Jangan semua dibuat main

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya


6 comments:

  1. terima kasih untuk peringatan :)

    ReplyDelete
  2. Mengalah sebab taknak keadaan bertambah keruh, selalu jugak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulanya sakit hati tapi lama-lama bila mengalah diri sendiri rasa nikmatnya.

      Delete
  3. Sesuatu yang Allah bagi tempat pada masanya. Hidup ada yang indah ada yang tidak. Lumrah kehidupan. Ada ujiannya juga. Rezeki masing masing Allah dah tentukan.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.