Header Ads

Lincahnya Jari-jemari Di Atas Papan Kekunci

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LINCAHNYA JARI-JEMARI  DI ATAS PAPAN KEKUNCI.Tersembunyi.Seorang diri.Di sudut mana pun.Di benua yang mana sahaja.Semuanya boleh sahaja tetap dan terus bekomunikasi di alam maya.Peranan Burung Merpati sudah terganti dengan teknologi.Semuanya menjadi sejarah.Posmen juga lebih banyak menghantar barang berbanding surat-surat.Ada,cuma kurang kalau mahu dibandingkan dengan barangan yang dikirimkan daripada seseorang kepada seseorang daripada satu tempat ke satu tempat.

Semua serba pantas.Semua dihujung jari.Kadang diam menyepi namun hati dan jari-jemari rancak berbicara dan menaip itu dan ini.Satu frasa ke satu frasa.Sampailah menjadi.Menjadi seperti yang diingini,lengkap seperti yang dirangka mengikut mampu dan mahu.

Apa sahaja kemudahan yang ada boleh digunakan semaksimumnya oleh siapa pun juga.Tidak mengira usia dan jantina tetapi mesti ada dan tahu hadnya.hanya satu perkataan pun sudah cukup memberi banyak gambaran,pelbagai pengisian.Bayangkan dengan lincahnya jari-jemari di atas papan kekeunci mencari itu dan ini,agak-agak bahaya atau tidak situasi sebenar jika tidak dikawal dengan baik,kalau tidak dibendung dengan paling pantas dan bijak.

Teknoligi memberi banyak ilmu dan maklumat.Dalam waktu yang sama ianya juga memberi dan menyumbang banyak mudharat dan maksiat.Sebab itulah kena hati-hati ketika mengemudi apa sahaja yang sedang ditawarkan kepada kita melalui medium teknologi.

related image
Kredit Google Image

Lincahnya jari-jemari di atas papan kekunci tidak salah pun.Kalau mencari sesuatu yang betul dan berfaedah.Jika mahu berkongsi apa yang baik untuk diri sendiri dan orang lain,mengapa tidak.Sebaris ayat ringkas sahaja sudah mampu memberi banyak tafsiran.Sekeping gambar boleh menjadikan hidup binasa.Satu kiriman pesanan ringkas mampu memecahbelahkan keadaan.Jadilah pembina bukan pembinasa.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

logoblog

8 ulasan:

  1. sekarang ni, bukan sekadar barhati-hati dengan apa yang kita cakap. kita kena berhati-hati dengan apa yang kita taip juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.Sama-sama memberi kesan pada kehidupan.

      Padam
  2. teknologi komunikasi sekarang menambah kepantasan untuk menyebarkan sesuatu kebaikan dan fitnah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul,kena bijak berkongsi dan memilih jugakan.

      Padam
  3. moga dijauhkan dari jadi penyebar fitnah

    BalasPadam
  4. Sekarang ni zaman papan kekunci macam senjata merbahaya. Sekali papan kekunci menyerang, jangan ingat yang diserang akan diam. last2 sampai je surat saman, "see u in court.."

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan,betul sangat walau kadang kita dipihak yang benar.Itu yang mesti berhati-hati.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..