Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-63

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-63.Alhamdulillah,sudah enam pulih tiga tahun kita mengecapi kemerdekaan negara.Allahu.SubhanaAllah.Bila melihat ada negara yang masih berada dalam kesedihan,kesakitan dan tekanan angkara rakusnya manusia yang mahu berkuasa,Allahu,termenung sendiri kembali muhasabah diri.Sudah cukup bersyukurkah aku selama ini.Dan sudah benar-benar merdekakah hati dan fikiran ini daripada hal-hal atau anasir-anasir yang negatif.

RELATED IMAGE

Setahun sekali.Bulan Ogos tidak asing lagi memang dikenali sebagai bulan kemerdekaan.Malah sedari awal pun pelbagai aktiviti berkaitan kemerdekaan negara diadakan.Berbanding tahun-tahun sebelum ini,mungkin tahun ini menjadi tahun pertama adanya kelainan ketika sambutan hari kemerdekaan negara kita.Dalam keadaan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN ini tidak mustahil sambutannya sangat paling sederhana sekali.

Warganegara Malaysia,di mana pun berada sentiasalah menjaga nama baik negara kita.Apatah lagi warganegara yang sentiasa tinggal di Malaysia mesti lebih menjaga dan menyayangi negara ini.Bendera kita sering diperhatikan.Tingkahlaku kita sering menjadi perhatian.Jadilah minyak wangi.Jangan menjadi arang.

Yang Dipertuan Agong Ketua Negara.Perdana Menteri kita ketua pentadbiran negara.Kedua-duanya ada nilai dan menjadi lambang keutuhan serta benteng negara.Bantu tidak semestinya kehadapan menonjolkan siapa diri kita,dengan tidak menjadi unsur masalah dan perosak keamanan negara itu juga membantu dan merupakan bantuan yang tinggi nilainya.

Berganding bahu menjadi sahabat.Jangan asyik bertelagah mencipta permusuhan.Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-63.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya


8 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.