Semua Sementara

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SEMUA SEMENTARA

Cak cak ba
Tengok ikan lumba-lumba
Tiada yang kekal di dunia
Semua bakal ditinggal juga

Teng teng satu dua
Lompat-lompat kaki sebelah
Keras macamana pun usaha
Takdir Tuhan jangan dipersalah

Gunting batu kertas
Lempar tangan acu nasib
Jangan bahagia hidup bebas
Takut di akhirat terbalik nasib

Halang-halang main galah
Lepas halangan memang hebat
Hidup jangan sentiasa berulah
Ada masa giatkan bertaubat

Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang malam langsung tidak lena
Dunia ini memang sangat mempersona
Tapi syurga DIA lebih menggoda

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kerana semuanya sementara itulah kena kena jaga 5 perkara sebelum datang lagi 5 perkara muda sebelum datang masa tua, sihat sebelum datang masa sakit, waktu luang sebelum datang waktu sibuk, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati. Wallahualam.

    BalasPadam
  2. Kena ingat satu je..
    KIta hidup untuk syurga..

    InsyaAllah..terjaga semua..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama